25 September 2008

Ramai yang dah pulang kampung.. Lengang... Zassss

Hari ini 26 september 2008 bersamaan dengan 26 ramadhan 1429 hijrah, menunjukkan kepada kita bahawa tinggal 4 hari sahaja lagi kita akan mengakhiri bulan Ramadhan pada tahun ini. Aku masih lagi di Labuan pada ketika ini. UMSKAL hari ini menjadi lengang kerana ramai penuntutnya pulang beraya lebih awal. Siapa yang tak seronok kalau tiba hari raya. Insya'Allah kalau tiada halangan esok aku pulang kampung.

Raya tahun ini sepertinya tidak memberi tarikan bagi ku untuk pulang ke kampung. Kalau boleh, ingin saja aku terus berpuasa. Mungkin raya tahun ini bukan menyebelahiku, maksudku raya tahun ini bukan masanya untuk ku bergembira bersama keluarga. Banyak komitmen lain yang perlu diselesaikan. Semester terakhir ini, ku harapkan semuanya ok. Aku berdoa agar lulus cemerlang kalau boleh semua subjek yang aku ambil sem ni.

Sedih juga rasanya bila mengenangkan kawan-kawan lain yang sudah berkerja, sekurang-kurangnya dapat juga tolong keluarga. Sekurang-kurangnya bila tiba hari raya boleh juga bantu keluarga untuk sambut hari raya dengan lebih baik. Sedih rasanya tiap kali pulang kampung tiada apa-apa di bawa untuk keluarga walaupun hakikatnya aku tahu keluargaku memahami keadaan ku sebagai seorang pelajar. Sebab itu kurang tarikan bagiku pulang ke kampung. Tak sabar aku nak kerja, boleh jga tolong keluarga. Usaha+ doa + tawakal=kejayaan, formula ini yang selalu ku guna untuk mencapai apa-apa matlamatku samada jangka pendek/jangka panjang.

Whatever, hopfully, this holy month Ramadhan al mubarak will give something special to me. Ku harap di bulan ramadhan yang mulia ini akan memberi satu pengajaran dan motivasi untuk ku terus mencapai apa yang dicita-citakan.

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger