16 September 2008

Surau kampung Rasak laut perlu diperbaiki.

Apa yang kita lihat seperti yang ada pada gambar merupakan keadaan surau kampung Rasak Laut. Kalau dilihat surau ini dari gambar mungkin tidak perlu diperbaiki apa-apa, namun hakikatnya banyak kekurangan yang terdapat pada surau ini yang perlu pihak berkewajipan ketahui dan perbaiki.

Banyak yang perlu diberi perhatian dan perlu diperbaiki pada surau ini. Tidak perlulah saya mengulas panjang lebar mengenai masalah-masalah ini. Cukuplah sekiranya menyenaraikan hal-hal yang perlu diambil perhatian demi keselesaan jemaah kampung Rasak Laut.









Antara masalahnya ialah:-
  • Tempat mengambil wuduk (Tangki air diperlukan, pili untuk berwuduk)
  • Keuzuran (lantai surau reput)
  • Pembesar suara yang tidak berfungsi
  • Tandas (uzur)
  • Saiz surau perlu di besarkan (ruang khas untuk jemaah wanita)
  • Kipas syiling tidak berfungsi
  • Bekalan Elektrik terputus
Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, atas kesedaran itu saya menulis blog ini, paling tidak pun dapat meluahkan perasaan saya mewakili penduduk kampung Rasak Laut. Keadaan saya tidak mengizin untuk melaporkan terus kepada pihak berkewajipan tentang masalah ini kerana saya masih bergelar pelajar dan pihak yang bertanggungjawab mungkin sudah melaporkan tetapi tidak dilayan permohonannya.

Kepada penduduk kampung Rasak Laut, marilah kita sama-sama menjaga keamanan dan keselamatan kampung kita. Buang segala sifat pentingkan diri, kita pupuk semangat kejiranan dan kekeluargaan kita agar Rasak Laut menjadi salah satu kampung contoh dari segi kemajuan akhlaknya. Kalau ada kemudahan yang diberikan pihak berkewajipan untuk kampung kita, atas dasar tanggungjawap kita jagalah fasilitas tersebut bersama. Anak kecil perlu bimbingan agama. Anak-anak muda Rasak laut memerlukan bimbingan golongan dewasa, yang dewasa jangan segan tegur yang muda kalau buat salah. Itu adalah budaya yang perlu kita pupuk. Jangan biarkan anak muda hidupnya terumbang ambing tak tahu hala tuju. Jangan biarkan anak muda terus terpinggir. Jangan jadi vendalisme! Jadikan Rasak laut is 'The Best Village"

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger