04 November 2008

Perbezaan Takaful dengan Insurans Konvensional.

Takaful

Insurans Konvensional

Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.

Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pihak yang diinsurankan

Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.

Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran

Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)

Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.


Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.

Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah

Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali

Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.

Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.

Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.

Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ’surplus’



Sumber rujukan Ust. Zaharuddin.

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger