Takaful | Insurans Konvensional |
Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan. | Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pihak yang diinsurankan |
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim. | Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran |
Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful. | Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) |
Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan. | |
Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah. | Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah |
Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali | Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. |
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum. | Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. |
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. | Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ’surplus’ |
Sumber rujukan Ust. Zaharuddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan