21 Disember 2008

Gelora di lautan..

http://www.otakku.com/wp-content/uploads/2008/03/wave-energy_7548.jpg

Laut kini bergelora,
Angin bertiup kencang,
Nyiur melambai bak menari,
Tarian longlai yang sayu,
Membawa nada puisi syahdu,
Mata terus merenung jauh,
Bila laut beransur tenang?

Bayu laut menyapa tubuh,
Dingin,
Namun tidak sesekali menggeletar,
Desiran ombak sesekali menganggu lamunan,
Seperti tiada yang mahu tahu,
Siapa tahu ombak di lautan lebih dahsyat?

Di tepian aku sendirian,
Di pantai itu,
Di tembok penghadang ombak,
Kian terhakis,
Sabar menanti waktu demi waktu,
Ku ingin pulang bersama impian,
Bersama kedamaian yang ku impikan..



Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger