18 Disember 2008

Keistimewaan Hari Jumaat

Menurut Imam Sayuti antaranya, Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpulMayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur. Api neraka tidak menyala.Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta'ala.
Bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian pergi ke masjid pada saat yang pertama maka pahalanya seumpama ia berkorban seekor unta. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua, pahalanya seumpama ia berkorban seekor lembu. Sesiapa yang keluar pada saat ketiga, pahalanya seumpama ia berkorban seekor biri-biri yang bertanduk. Sesiapa yang keluar pada saat yang keempat, pahalanya seumpama ia berkorban seekor ayam betina. Sesiapa yang keluar pada saat kelima, pahalanya seumpama ia bersedekah sebiji telur. Apabila imam telah keluar untuk membaca khutbah dan para malaikat pun hadir sama untuk mendengarnya."
Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telahbersabda:
"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisiPenciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".
Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi
Hari Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Bagi sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada hari Jumaat kerana barangsiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.
Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda : "Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".
Hadis Riwayat Tarmizi
Pada hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredha'an daripada Allah s.w.t. : Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat
Firman Allah Dalam Al-Quran yang mulia : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".
Surah Al-Ahzab, ayat 56
Memperbanyakkan bacaan Al QuranSurah-surah yang digalakkan untuk dibaca:
Malam Jumaat : Surah Yaasin, Al-Kahfi
Waktu Subuh : Surah As-Sajdah, Al-Insan
Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas
Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi Jumaat
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Sesiapa di antara kamu yang pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim Membersihkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata : "Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ". Hadis Riwayat Tabrani Bersiwak Memakai bau-bau yang wangi
Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai haru-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".
Hadis Riwayat Al-Bukhari
Memakai pakaian serba putih Menyegerakan pergi ke masjid
Firman Allah s.w.t. :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". Surah Al-Jumu'ah, ayat 9
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".
Sumber rujukan MY ADHA

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger