21 Disember 2008

Lawak di kala boring...

Ni cerita sudah lama aku dengar, lawak la jugak. Ni kira mau kongsi2 dengan rakan2 pembaca blog ni.. Ceritanya macam ni,

Ada satu mamat ni samsing betul.. Satu hari dia pigi Nite Club berhampiran dengannya.. So, berjumpalah dia dengan orang2 dalam Nite club tu.. Badan mamat ni banyak tatu.. Kebetulan mamatu tu pakai senglit je.. Konon-kononnya taiko la.. Semasa dalam perhatian orang2 dalam nite club tu, suddenly ada seorang budak ni tiba2 mau bertanya tentang tatu-tatu pada badan mamat itu..

Budak: Bang!! Tatu di bahu kanan mu itu gambar gambar apa?? (Bertanya dengan perasaan gerun)
Mamat: Ini??(Sambil menunjuk kearah tatu) Burung garuda(nada suara garau/macam ganas2 la)
Budak: yang dibahu kiri tu bang gambar apa? (semangat ingin tahu yang sangat kuat maka budak itu bertanya lagi)
Mamat: Jangkar bumi/anchor...(Berminat untuk menerangkan sambil menunjukkan muka bengis)
Budak: Yang di dada abg tu apa pula?? (Betul-betul minat bertanya/mahu tahu)
Mamat: Yang ini naga..makan urang (dengan egonya..)

Asyik mamat tu menerangkan tentang kehebatan tatunya rupa-rupanya ada satu orang bapak polisi tercegat memerhati mamat ni merangkan tatu-tatunya itu..

Dengan pakaian seragam Polis dia segera kearah mamat itu.. Mamat tersebut terkejut jadi kecut la plak.. pak polis itu menyoal semula apa yang di soal oleh budak sebentar tadi..

Polis: tatu di bahu kanan awak tu ape??(suara tegas)
Mamat: burung pipit(suara bertukar kecil bak suara uji rashid yang menggeletar)
Polis: yang di bahu kiri mu itu apa??(sengaja mau bertanya)
Mamat:Yang ini mata kail. Bikin pancing ikan bilis bang..(Tambah kecil suaranya)
Polis: yaka?? yang di dadamu tu apa plak??
Mamat: Yang ini cacing atnah makan tanah bang...(Semakin menggeletar nak terkencing)

Setiap jawapan yang diberikan oleh mamat itu orang ramai dalam nite club itu ketawa terbahak-bahak.. Apa tidaknya dari garuda tukar burung pipit, dari naga tukar cacing tanah dan dari jangkar bumi tukar mata kail ikan bilis....

Mamat ni elergik nampak uniform polis. Sebabnya bapanya dulu macam dia jugak pernah ditahan polis sebab buat macam tu jugak... Tunjuk terer tapi penakut juga... Lawak juga ka???


Nasihat...
Yang islam tu janganlah pakai tatu.. Haram....

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger