28 Julai 2019

Apa yang dimaksudkan dengan MASS RESCUE OPERATION (MRO)


Apa itu MRO? Sebelum mengupas lebih lanjut berkenaan definisi MRO, saya akan menerangkan terlebih dahulu maksud Menyelamat (Rescue) itu sendiri. 

Menurut International Maritime Organisation (IMO) menyelamat (Rescue) ialah operasi menyelamat orang-orang yang berada dalam keadaan susah (Distress) dan memindahkannya ke tempat yang lebih selamat. 
Manakala MRO menurut IMO ialah didefinisikan keperluan tindakan segera bagi menyelamat mangsa/orang dalam kesusahan (distress) dalam kuantiti yang besar, yang mana keupayaan normal bagi keperluan aset dan sumber pihak bertanggungjawab dalam mencari dan menyelamat adalah tidak mencukupi.

MRO memerlukan pihak bertanggungjawab SAR untuk melaksanakan langkah-langkah yang luar biasa untuk mengatasinya. Jika ada perkara seperti SAR biasa 'keupayaan biasanya tersedia, manakala MRO adalah berada di luar rutin yang mana 'keupayaan biasanya tersedia adalah tidak mencukupi. Oleh itu, keupayaan tersebut perlu ditingkatkan dalam MRO.

Ini jelas merupakan satu cabaran utama dalam mengendali kes MRO dan merupakan satu cabaran bagi semua yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di laut, yang mana perancangan dan koordinasi bukan hanya dilakukan oleh APMM sahaja malahan pihak lain jua.

1 ulasan:

lachelibbotson berkata...

How to play casino game in Vegas - Dr. Dr.CD
Las Vegas is a very popular casino, 공주 출장샵 however if you enjoy roulette, and slots you should 남양주 출장마사지 stay away 서울특별 출장마사지 from it because it's much 동해 출장안마 more fun 거제 출장샵 to play


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger