19 Mei 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga FAMILY HK

Hari raya Aidilfitri tahun ini saya dan keluarga kecil terpaksa meraikanmya di Johor Bahru. Tiada cuti dan tidak dibenarkan merentas negeri kerana serangan COVID 10. Aidilfitri pada tahun 2021 merupakan tahun ketiga saya sekeluarga tidak dapat balik ke kampung meraikan hari raya. Pandemik COVID-19 tahun ini sudah masuk tahun kedua, belum menampakkan penurunan jumlah jangkitan kes baharu. Norma baharu diamalkan sentiasa bagi memutuskan jangkitan COVID-19, namun saban hari masih menunjukkan peningkatan kes. Untuk kes pada hari ini 19 Mei 2021 sahaja jumlah kes baharu dicatatkan oleh KKM sebanyak 6075 kes.


Aidilfitri tahun ini disambut seadanya. Tiada lagi kunjung-mengunjung dan bersalam-salaman. Saya dan keluarga hanya meraikan aidilfitri bersama-sama di rumah. Menyediakan juadah ketupat pulut serta kelupis daun pisang bagi menghidupkan suasana hari raya kami sekeluarga walaupun tidak ke mana-mana. Hidangan kuih raya (kuih tunjuk-kuih beli) tidak dilupakan jua. 



























Sebagai kenang-kenangan, kami sekeluarga telah membuat photoshoot dengan pakaian sedondon baby blue yang dibeli di gedung pakaian JAKEL Johor Bahru. Biarlah gambar dan post ini menjadi kenangan kepada kami sekeluarga, sesungguhnya tempoh kritikal COVID-19 ini pernah melanda dunia pada ketika post ini dibuat. Saya berdoa moga Pandemik COVID-19 ini segera menghilang dan segala penyakit dipulihkan. 


Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger