22 September 2008

Teruskan berpolitik asalkan untuk kebaikan rakyat seluruhnya.

Zaman sekarang ni politik memang panas di perkatakan di dada-dada akhbar. Kerajaan dan pembangkang masing ada ideology yang hendak dipertahankan. Masing-masing mahu mengekal dan merebut tampuk kepimpinan negara. Hakikatnya, memang ini lah dunia politik.

Politik memang berkait rapat dalam pembentukan dan menentucorak sesebuah negara. Negara kita sebagai negara demokrasi iaitu kerajaan oleh rakyat dan untuk rakyat. Di negara kita adakah ini di aplikasikan? Mungkin ya mungkin juga tidak. Terpulanglah kepada mereka-mereka yang bergelar politikus untuk menentukan demokrasi mcm mana mereka mahu. Kita sebagai rakyat hanya mampu memilih siapa yang bakal memimpin kita. Tanpa rakyat siapalah kerajaan. Wang yang kerajaan guna adalah wang rakyat. Sesuatu yang paling berat adalah amanah. Maka, cukai yang dipungut dari rakyat juga merupakan wang rakyat sekaligus merupakan satu amanah kepada kerajaan untuk menggunakannya kearah yang betul.

Saya sebagai rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran hanya mampu berdoa dan mengharapkan kebijaksanaan kepimpinan atasan untuk memandu negara kearah yang lebih baik. Kita tidak mahu ada perbalahan antara kita akibat daripada perbezaan politik orang atasan. Jangan kerana perbalahan politik rakyat merana. Cukuplah antara mereka sebagai orang atasan yang berbalah, janganlah antara kita rakyat pula yang bermusuh-musuhan.

Kalau saya pilih pemimpin, saya akan pilih pemimpin yang boleh pimpin saya kejalan yang benar.
Kalau saya pilih pemimpin, biarlah pemimpin itu tujuannya luhur bukan semata-mata kerana kuasa dan harta.
Kalau saya pilih pemimpin, biarlah pemimpin itu sanggup jadi perahu dan penumpangnya rakyat.
Kalau saya pilih pemimpin, biarlah pemimpin itu sanggup menerima teguran apabila melakukan silapnya.
Kalau saya pilih pemimpin, biarlah pemimpin itu betul-betul pemimpin yang boleh membela rakyat.
Kalau saya pilih pemimpin, pastikan pemimpin itu tahu akan derita rakyat.
Kalau saya pilih pemimpin, saya suka kalau pemimpin yang bersikap sederhana dalam hidupnya.

Serangkap pantun dari ku:

Jangan teguran dianggap hasutan,
Jangan pandangan dianggap songsang,
Rakyat mahu hidup aman,
Negara makmur malaysia ku gemilang.

Ikhlas dari rakyat untuk pemimpin.

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger