16 Oktober 2008

Hari ini dalam blogku.

Lama tak taip post kat blog ni. Post2 sebelum ni semua just upload gambar ja. Bukan apa, lepas ja balik dari beraya tempo hari, sibuk mo baiki komputer sebab asignment banyak bah. Masalah komputer ku telah pun di detect dan dikenalpasti berpunca akibat processornya yang longgar. Terbang ga Rm40 ku di Kilo Byte (nama kedainya tempat mengasi baik komputer ku) pasal tu ja. Nak buat macam mana, aku bkn pro sangat bab pasang hardware2 ni. Kalau format komputer, install-menginstall boleh la.

Alhamdulillah dua laman web yang aku buat guna macromedia dreamweaver dengan bantuan adop photoshop sudahpun siap dan dihantar serta dipresentkan. Web site Technology WWW (subject minor ku) baru ja tadi pagi aku ngan c Manang presentkan. Tengok hebat nda hebat kami 2 orang ja, group lain sampai empat ke lima orang. C manang buat reportnya aku buat laman webnya. Bangga jugalah walaupun dua orang ja tapi website kami diberi pujian berbanding group yang lain yang ramai ahlinya. Walaupun begitu, masih terdapat kelemahan2 yang perlu diperbaiki.

Dalam bakul masuk ELX (www.elx.gov.my) ku ada tiga permohonan ku berstatus panggilan untuk ditemuduga. Dua panggilan dari AmBank sebagai Eksekutif Insurans dan Pegawai Kewangan serta satu di Grand trilogy sebagai Eksekutif Jualan. Tengok, best nda best ELX ni. Kalau SPA lama baru dapat panggilan. Dapat nda dapat tu belakang kira la, janji pigi ja temuduganya dulu. Kalau pun permohonan ditolak, sekurang-kurangnya kita boleh ambil pengalaman semasa ditemuduga.

Aku ada terbaca satu artikel bertajuk "Pendidikan: Semakin Mahal Semakin Hampa" dalam blog cikgu Androd (cikgu fizik ku dulu) hasil tulisannya sendiri, dimana dia menyebut supaya kita ni jangan kita berlumba-lumba masuk university semata-mata mahu mengejar glamour diploma atau ijazah. Ya, saya sangat setuju dengan pernyataan itu. Dalam tafsiran saya, pernyataan cikgu itu sesuai untuk pelajar2 yang mendapat tawaran di IPTS. Pun begitu di IPTA pun ramai juga yang buat pinjaman PTPTN. Memang tidak dinafikan pengangguran dari kalangan siswazah di Malaysia sangat tinggi malah bertambah dari tahun ke tahun. Dan kemungkinan pada februari tahun depan jum penganggur dari kalangan siswazah bertambah seorang lagi, dan orangnya saya la tu kali....

Namun begitu, nasihat saya sebagai rakan kepada semua, tuntutlah ilmu dalam apa cara sekali pun(cara yang halal). Betulkan nawaitu kita untuk menuntut ilmu pertama sekali mesti kerana Allah (agama Islam) atau tuhan masing2 bagi agama yang lain selain Islam, dan seterusnya untuk keluarga, bangsa dan negara. Bagi adik2 remaja, ilmu itu penting untuk kehidupan kita. Tanpa ilmu kita tidak akan mengetahui bagaimana untuk melakukan satu2 perkara. Pemikiran yang sempit biasanya akan memudaratkan diri sendiri. Sebab itu pentingnya ilmu bagi meluaskan lagi pemikiran kita.

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger