16 Oktober 2008

Monolog di blog.....

Jam tangan Rado ku menunjukkan tepat pukul 1.30 a.m. Mata masih belum mahu terlelap. Ehm... Asyik membaca tentang artikel-artikel yang terdapat dalam berita-berita online, tak sedar malam semakin larut. Tarikh pada jam tangan ku bertukar menjadi angka 17 menunjukkan tarikh hari ini 17 oktober 2008 bersamaan 17 syawal 1429 hijrah. Rasa mahu mengarut tapi yang patut.

Perjalanan hidup rasanya seperti puntung rokok yang terbakar makin lama makin pendek. Usia semakin meningkat menghampiri alam yang seterusnya, pengalaman hidup semakin bertambah mencorakkan nilai-nilai kedewasaan. Pengalaman meningkatkan kematangan fikiran dijadikan sebagai wadah pembentukan insan yang seimbang dari segi rohani dan emosi. Baik buruk perjalanan hidup disimpulkan menjadi kenangan disuatu masa. Orang muda gelak bila si tua bercerita. Terkadang rasa kagum memikirkan kalimah teratur keluar dari mulut mereka yang dewasa. Itulah pengalaman lalu mereka. Setiap kata bukan sebagai dusta. Biar ramai yang kata gila, tapi yang dikata adalah adalah kalimah pesan ibu-bapa serta orang tua-tua.

Di zaman kanak-kanak keseronokan bermain sangat terasa, akal masih pendek, fikiran masih cetek. Bila meningkat remaja, semua benda mahu dirasa, hingga tak takut badan binasa, yang tua turut rasa gelisa. Dari remaja beralih ke zaman dewasa suda mula mahu berkuasa, kerana nama, harta semua sanggup diwarta. Dewasalah dengan ilmu pengetahuan. Hipokrit dengan ilmu menyesatkan manusia hingga sukar mendefinisikan antara baik dan yang buruk.

Di sana bersuara yang berkuasa mula bicara tentang acara mereka. Yang di sini rakyat merintih, keluh kesah tidak dikesah. Di sana yang berkuasa bersuara meriah nak pelihara warga. Di mana semua? Kenapa tidak dikota? Kenapa tidak buka mata? Kenapa biarkan yang susah meminta-minta? Nilainya terlalu tinggi, bagaimana nak dimiliki barang ini? Yang susah bertambah susah. Di mana yang berkuasa? Inikah yang dipinta setelah semua pilih mereka?

Bagi yang berkuasa, rakyat pilih bukan untuk kuasa semata tapi untuk perkasa bangsa. Bila ditegur yang berkuasa keluar kuasa tahan dalam ISA. Kita Islam dan ada mereka yang bukan Islam di sini. Mereka suka kepimpinan Ulama kenapa tidak yang berkuasa? Kita bukan benci kerajaan, semua ada niat baik. Jangan hanya kerana harta dunia agama tak sempurna.

Inilah suara monolog di blogku. Bagi yang tidak suka jangan terlalu duka dan terluka. Suaraku bukan untuk musnahkan semua, tapi rintihan sebagai rakyat biasa. Bukan tidak suka ISA atau tolak kerajaan. Bukan juga nak jatuhkan kerajaan. Siapalah aku sebagai rakyat biasa. Kuasaku hanya setakat suara. Tapi ini bukan suara, ini seolah luahan asmara yang bergelora.

Wahai insan manusia yang diberi kuasa perintah negara janganlah alpa walau aku masih muda jangan dipandang rendah. Betulkan nawaitu kita bersama demi mendapat redha Ilahi..

Yang berkuasa jangan terasa, bukan mengata cuma bersuara membawa perkara untuk dibicara. Negara Malaysia kita jaga, biar maju bersama Islam bukan maju bersama jenayah...

Akhir kalam...

Assalamualaikum wtb.....

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger