20 Oktober 2008

Di mana silapnya, apa kesannya??

Dalam mencari fakta, kekadang terfikir betapa logiknya sesuatu gossip walaupun salah. Kekadang kita boleh percaya pada satu2 artikel yang menghina tanpa mencari fakta kesahihannya. Orang kata sebelah ini betul, kata orang lain lagi sebelah itu yang betul. Orang yang di tengah2 bingung mencari kebenaran. Mana satu yang benar?

Kita sebagai pembaca dan sebagai rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan pandangan kita. Pada siapa kita percaya itu hak kita. Pada pandangan saya, tiada siapa yang mahu percaya kepada sesuatu perkara yang boleh membawa kecelakaan pada diri sendiri. Setiap seorang yang percaya pada ideologi masing-masing akan mempertahankan fahamannya. Hingga ada yang sanggup berkorban nyawa.

Untuk mencari kebenaran yang hakiki baiklah kiranya kita kembali kepada agama kita. Sejak kebelakangan ini Ekonomi malaysia kian meleset akibat pengaruh ekonomi dari Negara kuasa besar iaitu Amerika Syarikat. Peningkatan harga minyak global secara tidak langsung mengaitkan harga minyak di Malaysia terpaksa dinaikkan. Namun, apakah wajar harga minyak dinaikkan sedemikian rupa?

Syukurlah harga minyak telah diturunkan. Kali pertama pada 23 ogos lalu, kali kedua Pada 23 september lalu kerajaan atas kesedaran yang disedarkan telah menurunkan harga minyak sebanyak sebanyak 10 sen jenis Ron97 RM2.45 dan Ron 92 RM2.30. Minyak diesel RM2.40 juga telah diturunkan sebanyak 10 sen. Dan alhamdulillah kali yang ketiga baru-baru ini iaitu pada 14 oktober kerajaan menurunkan lagi harga minyak Ron97 sebanyak 15 sen, Ron 92 sebanyak 10 sen dan diesel dikurangkan sebanyak 20sen.

Kenaikan harga minyak tempoh hari telah memberikan kesan berantai kepada tahap kenaikan harga barang. Apa yang saya maksudkan sebagai kesan berantai disini ialah apabilah sebuah firma melakukan satu proses mengeluarkan apa2 jenis output dalam perniagaannya ianya tidak lari dari menggunakan bahan bakar seperti petrol. Tidak kiralah penggunaan minyak samada untuk keenderaan pengagih output atau untuk menghidupkan mesin2. ekoran daripada itu, secara tidak langsung kenaikan harga minyak bererti akan menaikkan kadar perbelanjaan membeli input kepada faktor pengeluaran. Apabila harga minyak naik, kos pengeluaran akan naik. Apabila kos pengeluaran naik, harga barang akan naik. Apabila harga barang naik, rakyat mula naik angin. Naik angin kerana kekangan hidup yang susah. Kenaikan harga barang menyebabkan kuasabeli rakyat menjadi kecil. Kakitangan naik gaji dan bonus tapi rakyat yang bukan kerja kerajaan bagaimana? Bagaimana pula dengan masyarakat di kampung yang bekerja sebagai petani, nelayan dan sebagainya? Tidak ada makna bagi mereka sekalipun harga minyak turun tetapi harga barang keperluan masih di tahap tinggi. Mana dia subsidi? Mana dia manifesto mahu perkasa bangsa?

Apabila saya bertanya kepada keluarga saya yang nelayan samada ada dapat subsidi minyak, jawapannya ada, beberapa bulan yang lalu tapi sudah ditarik balik. Kenapa? Sebabnya ada dikalangan penerima subsidi yang menyalahgunakan subsidi yang mereka dapat. Sekarang macam mana? Dapat juga, tapi dalam bentuk bayaran tunai RM600 setahun. Saya kata tak apa lah. Tapi bagaimana pula dari kalangan keluarga yang bukan nelayan? Ada dapat subsidi? jawapannya tiada. Toreh getah mana ada subsidi. Kata mereka sebagai penoreh getah. Tapi syukurlah kata mereka sebab harga getah pun tinggi juga.

Harga minyak sudah diturunkan namun harga barangan masih lagi dalam tahap yang tinggi. Kenapa? Tak bolehkah kerajaan bertindak menurunkan harga barang secara berperingkat sebagaimana kerajaan menurunkan harga minyak! Orang kampung terutamanya yang berpendapatan rendah amat tertekan dengan kenaikan barang ketika ini. Saya juga orang kampung, susah, penganggur, tidak memiliki kereta, serasa saya tidak ada faedah pun saya dapat akibat penurunan harga minyak. Saya tiada keenderaan mahu diisi minyak. Beli barang di kedai harganya masih tahap yang sama. Kalau macam ini senario ekonomi Malaysia terpaksalah kerajaan membuat kempen kurangkan makan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Saya nak tegaskan disini, saya bukanlah membenci kerajaan ataupun PM pada hari ini, dan yang bakal, tapi soal ini adalah tangungjawab kerajaan. Memimpin negara adalah amanah kepada pempin. Amanah lebih berat jika dibandingkan berat gunung kinabalu kalau ditimbang. Tapi kalau amanah tidak dipandang berat.. Jadinya seperti Gunung Kinabalu meletup habis satu Sabah dan Malaysia musnah. Soalnya kenapa beriya-iya sangat mahu jadi pemimpin kalau hak rakyat terpinggir? Betulkah nawaitu semasa mahu menjadi pemimpin? Kata nak perkasa bangsa sebaliknya macam nak binasa bangsa saja.

Wahai kerajaan yang ada pada hari ini, fikir2kanlah jalan terbaik untuk selamatkan bangsa. Kerajaan oleh rakyat, atas dasar itu saya sebagai rakyat berani bersuara kerana saya terasa terseksa dan menderita atas masalah ekonomi negara. Saya dan keluarga saya bukan dari kalangan orang2 kaya. Bukan dari kalangan kakitangan kerajaan. Malah tidak berpeluang pun di terima bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Sepertinya temuduga dalam kakitangan ini hanya lakonan/sandiwara semata. Orang pilihan sebenar sudah pun ada. Macam kita ni tiada kelayakan.

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger