22 Oktober 2008

Erti hidup..

Hidup ini umpama roda. Hidup ini umpama pementasan drama. Hidup ini bagai lampu dinding. Itulah perumpamaan hidup yang diberikan oleh segolongan insan. Hidup diumpamakan bermacam-macam lagi jenis/kriteria2/rupanya. Itulah yang dinamakan dugaan hidup. Ada masa kita susah, orang mengata dari belakang. Dan ada masa juga kita senang, tapi ada orang mendengki. Hidup umpama kapal yang hanyut dibawa arus di tengah lautan yang tidak diketahui arah mana tepinya. Namun kematangan fikiran dan ilmu mampu mencari tepian pantai untuk berlabuh mencari sinar keberkatan Ilahi.

Sabar, syukur dan kekuatan iman adalah kunci kepada kebahagiaan hakiki. Iman yang kuat mampu memberanikan sanubari setiap insan yang bernama pejuang. Jihad seorang Islam kerana imannya serta ketakwaannya kepada yang Esa. Islam berjihad atas dasar ketaatan Tuhannya serta syahidnya yang dijanjikan syurga. Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah swt yang dianugerahkan akal fikiran yang mampu memikirkan merubah dunia. Diciptakan manusia dari berbagai-bagai bangsa untuk saling berkenal-kenalan. Setiap Islam itu adalah bersaudara. Tegur-menegur kepada perkara kebaikan itu lebih baik daripada mengata orang dari belakang. Untung orang yang dikata kerana mendapat pahala percuma dari yang mengata.

Usaha dari tangan sendiri lebih manis hasilnya dari yang dicuri. Semangat yang kental dan gigih mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup adalah satu kepujian bagi diri sendiri. Namun, bila sudah senang jangan sekali-kali bongkak lupa asal-usul. Yang susah tidak dibantu, yang merana tidak diendahkan. Yang susah jangan ada perasaan dengki. Mana yang baik jadi teladan yang buruk buang jauh-jauh.

Dalam hidup penuh dengan ujian. Orang kaya diuji dengan hartanya serta kuasanya dan yang miskin diuji dengan kesusahannya. Ada yang kaya tidak tahu bersyukur, sebab itu semua yang ada masih belum terasa cukup. Yang miskin tertindas dan yang lemah imannya sanggup menimbulkan jenayah. Miskin atau kaya sama sahaja tetap diuji Tuhan. Cuma yang membezakan amalan dan ketakwaan kepada Allah swt. Hidup di bumi Allah ini hanya perkongsian kita bersama. Sejahteralah hidup bagi orang-orang yang tahu bersyukur serta suka bantu membantu. Marilah kita berpegang teguh pada kalimah Laa ilaha ilallah Muhamadar rasulullah.. Takbir...Allahu Akbar....

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger