23 Oktober 2008

Pengkelasan Riba.

Terdapat pelbagai jenis pengkelasan Riba yang digunakan di dalam tulisan-tulisan para sarjana dan pakar perundangan Islam. Kaedah-kaedah pengkelasan ini boleh dibahagikan sama ada dalam kategori yang berasaskan masa, punca ataupun sumber larangan, dan akhirnya berdasarkan bentuk atau jenis urusniaga yang mewujudkan riba.

Pengkelasan pertama riba dipanggil riba sebelum Islam. Riba sebelum Islam ini juga dikenali sebagai Riba al-Jahiliyyah yang merupakan amalan penambahan kepada jumlah hutang akibat daripada pemanjangan tempoh bayaran balik sama ada bermula pada tarikh matang ataupun mulai tarikh asal hutang tersebut. Mengikut Sami Hassan Humoud 1985), al-Tabiri di dalam tafsirnya mengenai riba yang dilarang oleh Allah s.w.t. menyebut bahawa pada zaman sebelum kedatangan Islam orang yang berhutang pada orang lain biasanya berkata, "saya akan memberi anda sekian banyak sekiranya anda menanjangkan tempoh bayaran." Al-Fahkr ar-Razi, dalam huraiannya mengenai amalan perniagaan sebelum kedatangan Islam percaya bahawa orang Arab membayar riba setiap bulan tanpa mengurangkan pinjaman pokok.

Bersambung..

Pengkelasan seterusnya....

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger