22 Oktober 2008

Riba.

Sumber rujukan utama: Prof. Dr. Sudin Haron(Sistem perbankan dan Kewangan Islam)

Riba adalah perkataan arab yang bererti menambah (al-ziyada), mengembang (al-numuw), meningkat dan membesar (al-irtifa dan al-uluw). Maka, riba yang berkaitan wang adalah pertambahan kepada wang tersebut. Riba dalam konteks syariah dan seperti yang telah diterima umum, boleh didefinisikan sebagai untung haram yang diterima akibat ketidaksamaan nilai dua atau lebih barangan yang datangnya dari jenis yang sama (jins) dan kewujudan akibat dari proses yang sama ('illa). Kelewatan dalam penyelesaian pertukaran barangan samada daripada jenis yang sama atau daripada jenis yang berbeza tetapi kedua-duanya mempunyai persamaan daripada segi kewujudannya adalah juga riba, walaupun penundaan itu tidak melibatkan apa2 kenaikan dalam nilai barangan terlibat.
  • konsep faedah dari kalangan Yahudi.
Orang yahudi juga dilarang daripada mengambil faedah(riba). Larang keatas riba terdapat di dalam kitab Ibrani ataupun dalam undang2 tamlud. Ibrani Bible melalui ayat 22:25 di dalam bab Exodus atau Keluaran dan ayat2 25:35-37 didalam bab Leviticus @ Imamat melarang kaum Yahudi mengambil faedah melalui pinjaman yang diberikan kepada orang miskin samada dari kalangan kaum mereka ataupun kaum lain yang diterima tinggal bersama-sama dalam masyarakat mereka. Walaubagaimana pun orang yahudi boleh menerima faedah(riba) daripada orang asing yang bukan kaum mereka.

  • Konsep faedah dari kalangan Yunani & Romawi.
Berbeza dengan orang yahudi, tidak ada satu pun peruntukan di dalam undang2 orang yunani yang melarang mereka mengambil faedah(riba). Pun begitu, amalan2 riba telah mendapat perhatian dari kalangan ahli falsafah yunani seperti Plato(427SM-347SM) & Aristotle(384SM-322SM). Mereka mengeji amalan ini dan dan mahu supaya menyingkirkan amalan ini dari masyarakatYunani ketika itu.

  • Konsep faedah dari kalangan Kristian.
Orang Kristian pada awalnya telah dilarang daripada mengambil faedah. Kitab orang Kristian New Testament atau perjanjian baru tidak menyebut akan larangan ini secara terang-terangan. Walau bagaimana pun ada antara mereka menganggap bahawa ayat yang terdapat dalam bab Luke 6:34-35 sebagai ayat yang mengecam amalan faedah seakan-akan memeras pihak awam yang tidak memberi apa2 kebaikan (The Catholic Encyclopedia, Jld. 15, 1912)
Oleh sebab tiada larangan secara terang-terangan menyebabkan pelbagai tanggapan dan tafsiran oleh golongan padri besar, cerdik pandai, dan cendikiawan Kristianmengenai boleh atau tidak mengambil faedah(riba).

  • Konsep Riba menurut perspektif Islam.
Riba adalah meliputi faedah dan usury. Hal ini bererti dalam Islam tidak ada Riba yang sah dan tidak ada riba yang keterlaluan dari segi undang2. Riba tetap riba tanpa mengambil kira banyak atau sedikit jumlahnya. Faedah yang dikenakan keatas semua jenis pinjaman oleh bank2 adalah riba tanpa mengira samada pinjaman itu untuk kegunaan pengguna atau untuk perkara yang produktif. Begitu juga dari segi jumlahnya, kecil atau besar jumlah faedah yang dikenakan tetak juga haram.

Larangan keatas riba jelas dalam Al-Quran. Larangan supaya orang Islam tidak melibatkan diri dengan Riba ini datangnya bukan sahaja dari pelbagai surah dalam al-Quran, tetapi juga dari pelbagai hadis. Nabi s.a.w di dalam hadisnya dengan nyata mencerca mereka yang mengambil dan memberi riba. Larangan yang terdapat dalam al-Quran diturunkan oleh Allah swt secara berperingkat-peringkat. Larangan-larangan ini terdapat dalam 4 kelompok ayat-ayat. Larangan pertama dibuat melalui Surah ar-Ruum ayat 39, larangan ke-2 di dalam surah an-Nisaa ayat 61, larangan ke-3 dalam surah ali Imran ayat130 hingga 132, dan larangan ke-4 didalam surah al-Baqarah ayat 275-281.

Allah s.w.t. berfirmat dalam surah ar-Ruum ayat 39 yang bermaksud:

"Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia menambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah di sisi Allah. Dan apa yang kamu berikanberupa zakat yang kamu maksudkan ntuk mencapai keredaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang yang melipatgandakan (pahalanya)."

Ayat daripada surah ini telah diturunkan di Makkah. Ketika itu Makkah merupakan sebuah bandar yang maju dan mewah dengan perniagaan dan perdagangan. (untuk maklumat lanjut buat kajian dan pembacaan lebih dalam buku teks Sudin Haron "sistem kewangan dan perbankan Islam" terbitan KLBS 2005 serta buku beliau yang lain yang berkaitan)

Selaras dengan fungsinya sebagai sumber asli dan abadi kepada undang-undang syariah, al-Quran tidak memberikan sebarang definisi atau menyebut jenis unsur niaga yang boleh menimbulkan riba (Ahmad, 1992). Larangan yang terdapat dalam 4 kumpulan ayat merupakan panduan2 yang menyeluruh dan asas untuk umat Islam. Hadis pula merupakan sumber rujukan yang membolehkan orang Islam mengesahkan atau mendapat keterangan lanjut mengenai peraturan yang telah digariskan dalam al-Quran.

(untuk maklumat lanjut buat kajian dan pembacaan lebih dalam buku teks Sudin Haron "sistem kewangan dan perbankan Islam" terbitan KLBS 2005 serta buku beliau yang lain yang berkaitan)

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger