APA ITU SMC?
SMC atau SAR Mision Coordinator adalah bertanggungjawab dalam perancangan misi mencari dan menyelamat. Fokus perkongsian pada kali ini misi mencari dan menyelamat di laut. Sebelum mengupas lebih lanjut berkenaan apa itu SMC, Saya akan menerangkan secara ringkas apa itu mencari dan menyelamat (SAR)?
Mencari dan Menyelamat/ Search and rescue (SAR)
dilakukan di laut untuk menyelamatkan pelaut dan penumpang dalam kesusahan. Di Malaysia, tugas mengkoordinasikan mencari dan menyelamat (SAR) di laut adalah tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia APMM. Tugas SAR ini diberi tanggungjawab kepada APMM pada 6 Jun 2006 yang mana sebelum
ini adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Laut Malaysia. Selari dengan tanggungjawab mengkoordinasi SAR di laut, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) di ibupejabat Puterajaya dan dibantu oleh 5 Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) (MRSC Langkawi, MRSC Johor, MRSC Kuantan, MRSC Sarawak dan MRSC Sabah.) sebagai Bahagian dan unit yang bertanggungjawab mengkoordinasi SAR di laut.
Tugas aturgerak/koordinasi misi pencarian adalah
dibawah tanggungjawab SMC di atas nasihat SAR Chief Pengarah Maritim Negeri. Segala atur gerak
serta perancangan misi carilamat perlu di susun dan mengikut perkiraan
sewajarnya oleh SMC. Analisis cuaca, arus, angin dan faktor persekitaran perlu
diambil kira semasa membuat perancangan pencarian. Kejayaan usaha CARILAMAT
bergantung kepada perancangan pencarian yang dibuat oleh SMC disamping pencarian oleh aset yang diaturgerak di lapangan. Perancangan yang hebat manapun sekiranya sekiranya tiada aset dilapangan mampu dikeluarkan sudah pasti suatu misi SAR mustahil dapat dijayakan.
Sebagai perancang kepada misi SAR di laut, SMC mestilah bijak dalam menggunakan sumber-sumber yang ada serta bijak dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Kes kecemasan di laut adalah tidak sama dengan kecemasan di darat. Sebagai contoh sebuah kapal atau bot yang rosak di laut, ianya tidak akan kekal di satu-satu posisi yang sama. Faktor cuaca seperti anggin, arus dan ombak mampu menghanyutkan kapal/bot ke suatu arah yang tidak dapat dipastikan dengan tepat. SMC dibantu oleh team SAR di MRSC SAR Unit (SRU) di laut melakukan pencarian berdasarkan Search
Pattern yang telah dikeluarkan oleh SMC. Walaupun ketepatan kawasan bukanlah
tepat 100 peratus, namun ianya dapat menjadi panduan mudah kepada SRU melakukan
pencarian di lapangan. Dengan adanya SMC misi SAR dapat dilaksanakan dengan
lebih sistematik.
Usaha perancangan yang dilakukan oleh SMC dan pasukannya dibantu dengan teknologi yang sedia ada seperti SAROPS, SAR MASTER, MERS 999 serta VTMS dapat memudahkan usaha perancangan. Seseorang sebelum diperjawatkan sebagai SMC hendaklah mengikuti kursus SMC di samping kursus pengendalian sistem yang biasa digunakan semasa perancangan misi pencarian di lakukan.
Penjimatan kos pengoperasian juga dapat dicapai dengan mengaturgerak aset mengikut keperluan semasa, dan kawaasn pencarian tidak bertindih. Ianya juga dapat mengelakkan kemangalangan SRU di laut mahu pun di Udara. Sebagai agensi yang mengkoordinasikan SAR di laut, secara tidak langsung SMC berperanan meningkatkan hubungan baik dengan agensi lain dengan mengaturgerak aset agensi sahabat mengikut search plan yang dikeluarkan.
Tugas sebagai SMC semangnya jarang diberi liputan kerana bekerja di belakang tabir iaitu bertumpu di bilik operasi/bilik krisis. Kepuasan sebagai seorang SMC apabila perancangan yang dibuat membuahkan hasil menemui mangsa dalam keadaan selamat. Tugas SMC mampu membentuk jati diri dan sikap suka membantu pegawai APMM yang terlibat secara terus dalam unit Cari Lamat dan Bantuan bencana. Sudah semestinya tugas SMC ini suatu tugas yang mulia kerana usaha merancang untuk misi mencari dan menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa di dalam kesusahan.
Lt Kdr (M) Musli bin Jaffar.
Now as PPK CLBB MRSC JB. Since 1st Oct 2020
Before this as PPK CLBB MRSC Kuching 21 Okt 2018 - 01 Nov 2019