*
Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil membaca doa, tetapi ketika keluar melangkahlah dengan kaki kiri sambil membaca doa.
*
Sebelum duduk tunaikanlah solat sunat dua rakaat iaitu solat tahiyyatul masjid.
*
Jangan menunaikan solat di tempat yang boleh mengganggu orang ramai untuk memasuki masjid seperti di muka pintu dan sebagainya.
*
Jangan berkeliaran di dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di dalam istana Allah maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk dan sibukkan diri dengan banyak solat sunat dan berzikir.
*
Jangan meninggikan suara di dalam masjid sama ada berzikir atau membaca al-quran kerana ini akan mengganggu orang lain untuk beribadat.
*
Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.
*
Pakailah pakaian yang bersesuaian dan sopan tatkala memasuki masjid.
*
Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke sesuatu tempat.
*
Jangan menyimpan atau membawa sesuatau yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.
*
Jika anda telah memakan bawang maka janganlah terus masuk ke masjid kerana ini akan mengganggu orang lain. Seeloknya cucilah dahulu mulut atau ambillah wuduk, demikian juga jika merokok.
*
Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan semasa mendatangi masjid.
*
Jangan mengambil atau membawa pulang barang-barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri, segala peralatan masjid telah diwakafkan iaitu untuk kegunaan awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan