*
Membaca bismillah ketika mula hendak makan.
*
Membersihkan kedua belah tangan.
*
Makan dan minum menggunakan tangan kanan
*
Makanlah dengan penuh perasaan tawadduk dan jangan makan dengan gaya yang angkuh.
*
Sunat makan secara berjemaah kerana banyak keberkatan yang terkandung di dalamnya.
*
Makanlah makanan yang ada dihadapan anda dan jangan menjangkau makanan yang ada pada hidangan yang lain.
*
Jika makanan yang ada itu sedikit sedang tetamunya terlalu ramai maka janganlah makan sampai terlalu kenyang.
*
Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap atau bercakap mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan rasa loya atau jijik.
*
Jika ada butiran makanan yang jatuh maka kutiplah ia semula. Makanan adalah nikmat Allah maka muliakanlah ia.
*
Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkannya dengan sisa-sisa makanan setelah itu jilatlah makanan yang masih melekat pada jari-jari anda.
*
Jika anda terpaksa meninggalkan majlis makan terlebih awal maka segeralah minta keuzuran kerana hal tersebut.
*
Setelah majlis makan itu selesai maka ucapkanlah 'alhamdulillah' kepada Allah yang telah memurahkan rezekinya kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan