*
Kita hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika tidak mahu makan sebelum makanan disediakan
*
Tuan rumah harus diberitahu kemana kita pergi supaya mereka tidak tercari-cari ketika makanan hampir disediakan
*
Kita dilarang sama sekali dari meminta sesuatu kepada tuan rumah, kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan kita dan ini akan memalukan mereka
*
Kita hendaklah menghindarkan diri dari mencampuri urusan tuan rumah kecuali bantuan kita diperlukan
*
Apabila kita meminta sesuatu kepada tuan rumah hendaklah dengan cara yang sopan dan jangan terlalu mendesak
*
Sewaktu menikmati hidangan kita hendaklah meninggalkan sedikit makanan di dalam bekas bekas tambah supaya tuan rumah tidak menyangka bahawa makanan itu tidak cukup dan ini akan memalukan tuan rumah
*
Kita ditegah memberi makanan kepada peminta sedekah atau orang luar daripada makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan