03 Januari 2008

Adab Tuan Rumah

*

Sebagai tuan rumah kita dilarang mendesak tetamu supaya makan. Ini kerana mungkin ketika itu mereka sedang kenyang atau sebagainya.
*

Sekiranya kita ingin menghidangkan makanan lagi, kita dilarang dari mengalih bekas makanan yang masih ada. Sebaliknya bawalah makanan itu di dalam bekas yang lain.
*

Hendaklah sentiasa menunjukkan sikap ramah kepada tetamu dan layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Apabila menghidangkan makanan pastikan ianya bertutup.
*

Apabila tetamu meminta diri untuk pulang kita disunatkan mengiringi mereka hingga ke muka pintu.
*

Biarlah tetamu kita berada dalam keadaan yang selesa, elakkan dari sentiasa berada disisi mereka sambil melihat gelagat mereka ketika makan atau sebagainya.
*

Apabila kita dikunjungi oleh tetamu, maka uruskanlah makanannya sebaik mungkin.
*

Tunjukkan kepada mereka dimana tandas, supaya mereka tidak merasa gelisah apabila tiba waktu untuk qada hajat.
*

Elakkan dari keluar mencari-cari sesuatu untuk tetamu kita, hidanglah apa saja yang sedia ada.
*

Setelah menghidangkan makanan, jangan sekali-kali membiarkan mereka begitu sahaja. Berilah perhatian kepada mereka bagi memastikan segalanya memuaskan. Sekiranya kita dikunjungi oleh dua orang tetamu pastikan layanan yang diberikan adalah adil.

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger