14 November 2008

Antara jual beli dan riba....

Riba lagi?? Dalam post saya sebelum ini telahpun saya masukkan artikel yang berkaitan dengan pengertian riba.. Mengapa saya sangat tekankan riba ini? Jawapannya sebab riba ni sebahagian dari dosa besar yang orang Islam di kawasan kita sering lakukan.. Jadi atas alasan saya mengetahui sedikit ilmu mengenai riba ini, saya mengambil inisiatif untuk memuatkan artikel2 yang berkaitan dengan masalah riba ini.. Hari ini saya nak kongsi mengenai tajuk jualbeli dan riba..

Di dalam Islam, riba dalam bentuk apapun adalah diharamkan sedangkan jual beli adalah dihalalkan sebagaimana firman Allah s.w.t. Al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud"Dan Allah menghalalkan jual beli serta mengharamkan riba..".

Dilihat dari sudut sistem kewangan Islam jual beli boleh dibahagi kepada tiga jenis:
  • Pertama: Jual beli umum, iaitu menukar wang dengan barang.
  • Kedua: Jual beli ash-sharf atau Money Changer, iaitu penukaran wang dengan wang.
  • Ketiga: Jual beli muqayadhah atau barter. iaitu menukar barang dengan barang.

Apa beza jual beli dan riba? Apa itu jual beli? Secara simplenya, jual beli merupakan objek samada barang atau wang yang diterima oleh penjual dan pembeli adalah senilai sedangkan riba tidak. Contohnya antara seorang penjual aiskrim dengan pembeli. Penjual aiskrim membeli bahan bahan untuk membuat aiskrim katakanlah harga sebiji RM2 lalu penjual tadi menjualnya kepada pembeli dengan harga RM3, ini tidak dikatakan riba walaupun ada tambahan yang disyaratkan. Kerana harga bahan aiskrim + usaha membuatnya = harga jual aiskrim. Sedangkan pada riba adalah sangat jelas iaitu pembayaran balik pinjaman adalah lebih berbanding jumlah pinjaman asal.. (Untuk definisi riba sila rujuk post2 saya sebelum ini..)

Selain itu, dalam jual beli, penjual memiliki risiko kerugian jika barang yang dijual tidak laku sedangkan pada riba rugi atau untung jumlah wang yang dibayar akan tetap sama mengikut apa yang dipersetujui. Contoh si A membuat pinjaman dalam bank konvensional B untuk tujuan memulakan perniagaannya, setelah perniagaannya dibuka tidak lama selepas itu perniagaannya rugi wal hal pinjamannya itu tadi tetap juga dibayar mengikut jumlah pinjamannya tambah kadar faedah yang ditetapkan.

Pada masa riba dilakukan, contohya ketika membuat pinjaman dalam bank, sebenarnya pada ketika itu berlaku penambahan jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Kenapa? Bayangkan ketika seorang yang kaya yang mendepositkan/melaburkan wangnya ke bank lalu bank tersebut akan meminjamkan wangnya pada seorang yang miskin yang sedang membangunkan sebuah perusahaan. Si kaya hanya rilek2(istilah kampung) di rumahnya sedangkan si miskin harus bekerja keras. Untung atau rugi pada usaha si miskin dia harus dan tetap membayarkan pinjamannya beserta bunga pada bank yang akan di agih-agihkan pada si kaya.

Hal ini tentunya keterlaluan, padahal apa yang didepositkan oleh si kaya ke dalam bank merupakan kekayaan yang lebih dari keperluan asalnya. Untuk tujuan produktif, dengan minyimpan wangnya kedalam dalam bank(konvensional) iaitu dengan mengharapkan keuntungan dari kadar bunga sudah menampakkan kesalahannya. Contoh yang jelas juga dapat kita lihat seperti bantuan dari negara negara kaya ke negara negara miskin seperti negara2 di afrika. Dari sini dapat kita lihat negara yang miskin meminjam untuk keperluan negaranya, kemidian selepas itu pula terpaksa membayar hutangnya dalam amaun yang lebih besar dari jumlah pinjaman pokoknya. Hasilnya boleh dilihat sebagai negara miskin makin bertambah miskin dan negara yang kaya semakin bertambah kaya.


2 ulasan:

Ajeem berkata...

yang hala tetap halal,haram terus haram kini dan selamanya kecuali Allah menarik semuanya...teruskan menulis muss.rugi idea bernas yang lahir diminda ko tidak diterjemahkan dalam bentuk tulisan.

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Ni semua hanyalah asas pengetahuan yang perlu diketahui. Kebetulan kos saya ambil kewangan Islam..

Sabda Rasulullah s.a.w. "sampaikan dariku walau satu ayat"

Dari Abu Darda` R.A bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Celaka bagi orang yang tidak berilmu (sekali), dan kecelakaan bagi orang yang berilmu namun tidak beramal (tujuh kali)."

Sama-sama kita ambil iktibar dari hadith di atas. Kalau masa&mood mengizinkan slalulah ni menulis...he2x ..Apa2 pn tq Jim..


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger