11 November 2008

Buktikan kewangan Islam alternatif kepada sistem konvensional: PM


Sumber:berita harian 11/11/2008

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi berkata komuniti kewangan Islam mesti membuktikan kepada pasaran global bahawa sistem kewangan Islam lasak dan alternatif yang berdaya maju kepada sistem konvensional.

Perdana Menteri berkata krisis kewangan semasa memberi peluang bagi mengetengahkan keunikan kewangan Islam dan peluang itu wajar digunakan secara bijak.

“Bagaimanapun, komuniti kewangan Islam tidak wajar mengambil mudah atau terlalu bangga. Kita mesti terus menilai diri sendiri secara kritikal.

“Sebagai contoh, sudahkah kita mewujudkan sistem alternatif atau kita masih meniru sistem konvensional,” katanya semasa melancarkan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabansga bagi Kewangan Islam (ISRA), di sini hari ini.

Abdullah berkata usaha berterusan ke arah mewujudkan kewangan Islam sebagai industri kompetitif dan berdaya maju, tugas memberi penjelasan dan menyelesaikan beberaa isu, masih memerlukan penyelesaian bermakna.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Abdullah berkata sebagai contoh, produk kewangan Islam yang dibenarkan di sebuah negara Islam dianggap sebagai meragukan, tapi dianggap terbaik di negara lain.

“Islam membenarkan perbezaan dalam intepretasi syariah. Bagaimanapun,jelas banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menjayakan kewangan Islam memandangkan ia kini digunakan dalam pelbagai bidang berbeza dan perlu disepadukan,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger