16 November 2008

Pekerjaan.. (siri 2..)

Islam menyuruh agar umatnya bekerja. Islam juga melarang perbuatan meminta-minta. Hal ini boleh kita tafsir sendiri kenapa perlunya kita bekerja dan kenapa kita dilarang meminta-minta. Dalam post sebelum ini, telahpun saya sentuh mengenai apa itu pekerjaan. Post kali ini saya ingin mengongsikan kepada pembaca tentang kenapa kita sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Sebenarnya, kalau kita lihat dari segi definisi pekerjaan dan pengangguran, apapun cara yang kita buat yang menghasilkan pendapatan kepada kita itu adalah pekerjaan. Apa yang ingin saya bawakan disini ialah, sama seperti apa yang saya telah jelaskan sedikit pada post sebelum ini iaitu pencari kerja tidak wajar terlalu memilih jenis pekerjaan untuk mereka. Walaupun kita mempunyai kelayakan yang tinggi contohnya memiliki ijazah, tidak salah sekiranya kita bekerja sebagai kerani-kerani, pembantu-pembantu, dan buruh-buruh dimana-mana yang menawarkan kerja halal. Sekurang-kurangnya kita tidak menyusahkan keluarga dan sedikit-sebanyak kita boleh membantu keluarga juga. Dan kita juga harus melihat ini sebagai satu pengalaman dan menjadi titik tolak untuk kita mencari pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan kita. Kenapa saya katakan begitu? Kerana kebanyakan majikan yang mencari pekerja persoalan asas yang mereka tanya adalah pengalaman kerja.

Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan memang cukup kuat. Saya ingin mengambil satu contoh ketika saya menghadiri temuduga pertama saya dengan SPA untuk jawatan pembantu tadbir (kewangan) pada tahun 2007. Kekosongan untuk jawatan tersebut adalah seramai 100 orang manakala jumlah yang layak untuk ditemuduga termasuk saya pada ketika itu ialah seramai 3000 orang. Keputusannya ialah, saya antara 2900 orang yang tidak mendapat tempat untuk jawatan itu. Dari statistik itu memang kita nampak jelas betapa persaingan untuk mendapatkan kerja semakin hebat.

Saya pernah mendapat tahu dari rakan-rakan berkenaan cara pemilihan pekerja untuk jawatan kosong di SPA bahawasanya tidak mengikut prosedur yang sebenar-benarnya. Ada di antara calon dipilih berdasarkan orang dalam. Ada yang mengatakan bahawa sebahagian dari jumlah kekosongan telahpun diberikan tempatnya kepada orang-orang terpilih, dan panggilan temuduga hanya lakonan semata. Ada juga yang memberitahu pemilihan mereka dibuat secara rambang dan bukan melalui pertimbangan. Itu antara berapa maklumat serta komen yang saya terima dari rakan-rakan. Kalau betul cara mereka memilih pekerja adalah seperti ini, nampak memang susahlah untuk mendapatkan kerja di mana-mana jabatan kerajaan.

Pun begitu, saya tidak nafikan bahawa seseorang yang sukar mendapat kerja adalah atas kelemahan yang ada pada dirinya. Kelemahan tersebut termasuklah kelemahan akademik, kekurangan pengalaman kerja, personaliti yang kurang menarik, sikap serta kemahiran berkomunikasi yang lemah. Memang banyak faktor kriteria-kriteria penting yang perlu diambil perhatian ketika memilih calon sebelum diterima bekerja. Zaman sekarang memang jauh berbeza dengan zaman 80-an dan 90-an. Zaman tersebut, pasaran kerja sangat terbentang luas. Contohnya orang-orang kampung saya pada zaman tersebut yang mempunyai kelayakan akademik seperti STPM, diploma dan Ijazah dalam apa-apa bidang, tidak perlu menunggu masa lama seperti sekarang untuk mendapatkan kerja.

Persepsi orang-orang kebanyakan di kawasan saya yang berpendapat bahawa mereka yang dapat bidang pendidikan dan perubatan sahaja yang mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan kerja. Ya, memang betul dan saya setuju itu, sebabnya kita boleh lihat sendiri bila mana lulusan kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain bidang ramai yang menganggur. Ada beberapa rakan saya yang menolak tawaran masuk Universiti atas alasan bukan daripada bidang pendidikan. Kalau semua mengharap nak jadi cikgu siapa pulak yang mahu jadi pegawai di lain-lain jabatan? Memanglah susah untuk memperolehi kerja tapi kalau usaha mencari tanpa putus asa esok atau lusa pasti ada juga peluang. Pelajaran itu penting, boleh membuatkan kita membuat pertimbangan yang rasional. Saya selalu mengingati diri saya mengenai "perumpamaan hidup ini umpama roda" iaitu kita tidak selalunya susah. Dan saya juga berpegang pada hadith rasulullah yang bermaksud "bila Allah menginginkan kebaikan bagi satu-satu umat itu, maka Allah akan mengujinya dengan kesusahan dahulu". Pepatah melayu pun ada menyebut "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

Memang banyak intensif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani masalah pengangguran ini. Pun begitu, masih ramai lagi yang tidak menikmati berkenaan intensif tersebut. Jumlah penganggur terlalu ramai jika dibandingkan jumlah intensif yang diberikan. Laman web ELX misalnya, merupakan satu inisiatif berkesan langkah kerajaan memudahkan penganggur/pencari kerja mencari kerja. Namun begitu, ada pihak-pihak yang menyalahgunakan laman web ini untuk kepentingan mereka. Baru-baru ini, rakan saya memberitahu kepada saya yang dia telah ditipu oleh sebuah organisasi yang kononnya menawarkan kerja sebagai perunding akademik dn gaji yang ditawarkan sebanyak RM1500 sebulan melalui laman web ELX. Setelah beberapa hari bekerja barulah dia diberitahu oleh orang atasannya bahawa jumlah gajinya adalah berdasarkan jumlah pelajar yang dia dapat tarik untuk masuk belajar kedalam sesebuah kolej(tidak perlu saya jelaskan apa jenis kolejnya). Itupun katanya, cara mereka menarik pelajar dengan mengunakan taktik kotor dan menipu. Ini namanya kerja dapat duit dunia ok tapi akhiratnya api neraka.

Ulasan seterusnya menyusul...

2 ulasan:

Ajeem berkata...

sedap ulasan ni muss,sy betul2 setuju idea dan ulasan ni...sy tidak salahkan masyarakat kita sebab mereka hanya dipengaruhi oleh 'cakap2'.sy ambil kos yg sy mengaji skrang ni pun,bukan main lagi ditentang mula2...kesian betul..tapi satu perkara yg saya tertarik.

kenapa agensi dinegara kita terlalu sukar untuk berkorban?kalau misalnya ada 2 firma dan kedua-duanya mahu mengambil pekerja yang berpengalaman.siswazah yang baru keluar dari U dimana tempat mereka untuk mencari pengalaman yg diperlukan?inilah masalahnya...

bukan main melaungkan retorik modal insan tetapi 'platform' tidak disediakan.macam it dan bekalan elektrik la yg pernah sy sebut sebelum ini.cakap memang hebat tetapi hasil lembap...aduhh..risau betul ada kerajaan macam nii...

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

TQ jim


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger