29 November 2008

pekerjaan.. (siri 4..)

Atas permintaan dari rakan blogger, kali ini saya akan mengutarakan pandangan saya dalam pekerjaan dan pekerja asing. Kita lihat di Sabah khsusnya, sudah menjadi kebiasaan di kalangan majikan-majikan untuk menggunakan pekerja dari negara jiran. Atas alasan kos dan kepakaran mereka, para majikan tidak menghiraukan undang-undang negara Malaysia. Ada antara pekerja asing ini langsung tidak mempnyai apa-apa dokumen untuk bekerja di negara ini. Kebanjiran pekerja asing di negara ini seolah-olah menutup mata pencarian masyarakat tempatan. Aliran keluar matawang Malaysia juga semakin banyak di mana pekerja asing telah mengirim ke luar negara sejumlah RM9,124 juta sehingga akhir bulan Jun 2008. Jumlah ini merupakan jumlah yang cukup banyak. Ada juga kebaikannya pekerja asing ini malah tidak kurang juga keburukannya. Persoalannya, wajarkah pekerja asing bersaing mencari kerja dengan masyarakat tempatan?

Memang banyak langkah untuk mengatasi kebanjiran pekerja asing ini yang dijalankan oleh kerajaan. Kerajaan telah menetapkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing seramai 400,000 orang setahun mulai tahun 2008 hingga 2010 dengan tumpuan diberikan kepada sektor perladangan dan pembuatan.

Rakyat Malaysia khususnya di Sabah kebanyakannya tidak berminat bekerja dalam sektor pembinaan. Walhal, sektor ini memerlukan lebih ramai pekerja. Mungkin atas kekurangan pekerja tempatan, majikan-majkan lebih berminat untuk mencari pekerja asing yang lebih berminat. Pengalaman saya berkerja sebagai buruh dalam sektor pembinaan satu ketika dulu, membuatkan saya lebih mengenali ramai pekerja-pekerja asing. Ada antara mereka yang saya temui becerita tentang masalah yang wujud di negara mereka dan sebab itulah mereka terpaksa berhijrah mencari rezki di Sabah. Mereka juga mendakwa, gaji sektor pembinaan di Malaysia lebih lumayan berbanding di negara mereka. Rakyat di Sabah tidak menyedari hakikat ini. Kerja di sektor pembinaan memang berat. Mungkin atas alasan itu pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor pebinaan.

Sikap terlalu memilih kerja juga menyebabkan pekerja tempatan tersisih. Memang kita perlukan kerja yang baik dan memuaskan, namun sejauhmana kepakaran kita dalam satu-satu kerja itu? Tidak salah kiranya kita bermula dari bawah. Di samping kita bekerja kita belajar sesuatu yang baru. Ini lebih elok daripada kita menganggur. Bagi yang mempunyai ijazah yang menganggur, adalah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan mereka-mereka ini sombong dalam memilih pekerjaan. Mentang-mentang ada degree tak mahu pula kerja berat-berat. Tidak salah sekiranya bekerja sebagai buruh sementara menunggu peluang yang lebih baik. Sebab itu ada istilah siswazah menganggur.


(Ulasan ini belum lengkap sepenuhnya)

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger