29 November 2008

pekerjaan.. (siri 3..)

Ya.. Pekerjaan lagi.. Bagi yang sudah bekerja sudah tentu ada gaji. Yang tidak bekerja pandai-pandailah cari kerja. Janji jangan buat kerja gila. Cakap pasal bab kerja ni lagi, teringat pula saya ketika mencari kerja di KK selepas selesai peperiksaan STPM pada 2004. Huh.. Bukan main susah lagi mau cari kerja masa tu. Padahal bukan mau cari kerja taraf-taraf kelulusan pun, kerja pembantu restoran pun susah betul mau dapat time hari tu. Banyak juga kami terbaca iklan jawatan kosong di depan pintu-pintu restoran tapi malangnya time tu semuanya sudah diisi kekosongan. Last-last saya ikut kerja kontrek di Wong Kwok dengan abang saya di Kinarut. Sementara menunggu keputusan STPM, lebih kurang 3 bulan saya bekerja sebagai surveyor(juru ukur tanah) di Syarikat Wong Kwok.

Nasihat saya untuk kali ini, bagi yang tidak bekerja buat lah kerja. Lagi senang kalau ada tanah dua tiga ekar, sekurang-kurangnya boleh juga tanam sayur ka apa ka.. Biasanya orang yang suka buat kerja otaknya lebih terbuka dan lebih positif berbanding yang tidak bekerja. Selagi badan masih sihat selagi ada nyawa, elok kiranya kita buat apa-apa kerja yang berfaedah. Bagi saya, tanggungjawab mendorong saya untuk bekerja. Biasalah, orang yang berpendapatan kurang macam keluarga saya sangat memerlukan saya untuk dapat kerja secepat mungkin. Saya tidak bercita-cita untuk kaya raya, yang penting dapat menjamin diri dan keluarga.

3 ulasan:

Ajeem berkata...

betul tu muss...yang penting apa yang kita lakukan membawa pahala danmenjamin hidup yang sementara.memang susah cari kerja bah tapi yang saya heran laku pulak pekerja asing ni sampai dornag bilang malaysia ni syurga dunia atau perigi kekayaan.bising saja yb2 di parlimen tpai tiada juga penyelasaian.

saya cadangkan ko tulis isu pekerjaan dan pekerja asing dalam siri seterusnya...salam muss..all the best bilang orang putih.

Ajeem berkata...

minta maaf muss banyak salah ejaan..lain sudha bah ni mata..hehe..ok.

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

InsyaAllah Jim..


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger