25 Disember 2008

Coretan tengah malam..

Dalam kampus 11.30 pm 25 Desimber, hujan lebat. Sejuk, ditambah pula angin dari kipas dengan kelajuan nombor 4. Minum kopi Tenom kegemaranku baru ja aku beli di KK minggu lalu. Ada umph... Mungkin asbab itu aku tidak dapat tidur kot.. Esok pulak trn kerja lagi.. Kerja amal tapi sangat berguna untuk pelaburan masa depan.. Walaupun kekadang kerja-kerja tak setaraf kelulusan, namun itu bukan soalnya, apa salahnya kita buat kerja-kerja orang bawahan/anggota sokongan.. Dengan bermula dari bawah, sekurang-kurangnya kita boleh mengawal pekerja bawahan kita dengan baik, kerana sedikit sebanyak kita telahpun mengetahui tugas-tugas mereka..

Report minggu ni mungkin terpaksa delay untuk di fax kepada Dekan/penyelia akademik ku sebabnya penyelia latihan ku tengah bercuti.. Weekly report berjalan lancar tiap-tiap minggu dan final report on progress juga...

Masalah..
Memang banyak masalah kalau difikirkan. Aku yakin setiap masalah ada penyelesaiannya. Malas nak bagi tau apa masalah aku sebab aku tahu pembaca-pembaca juga ada masalah tersendiri. Nak kata aku ni orang susah tak juga. Sebab ramai lagi orang yang susah dari aku. Ramai lagi orang yang tak mendapat peluang macam aku. Aku cuba untuk belajar hidup tenang menghadapi cabaran/masalah hidup. Bukan bererti aku membiarkan masalah itu tanpa penyelesaian.

Sabar..
Sabar itu sebahagian daripada iman. Buat apa kelam-kabut mau lari dari masalah.. Aku juga selalu ingat satu hadis nabi yang membuat jadi ingat, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari). Aku yakin langit pasti akan cerah esok walau pun aku tahu pada masa-masa seterusnya ia berubah dan berubah.. Begitu lah hidup.. Jangan ingat orang senang takde masalah.. Dan jangan ingat orang yang susah tak pernah merasa bahagia..

Yakin..
Aku sangat yakin sinar yang aku impikan itu pasti menjelma.. Bukan setakat angan-angan Mat Jenin. Orang selalu sebut Mat Jenin, ntah wujud tak wujud orangnya atau sekadar pemanis bicara.. Aku cuba meyakinkan diri, susah-susah aku dan keluarga aku buat masa ni masih ramai lagi yang susah.. Walaupun ada banyak problem namun masih ramai lagi yang bermasalah malah lebih teruk lagi.. Mujur masih ramai yang sayang.. Masih ramai yang hormat.. Aku tidak perlu sanjungan apatah lagi pujian.. Yang aku nantikan ialah bilakah masanya aku dapat menunaikan tanggungjawab membela nasib keluarga, bangsa, negara dan yang penting demi agama.. Aku yakin aku pasti boleh(bukan nak membanga diri lebih-lebih menyombong meninggi diri).. Boleh dalam segala hal yang baik maksudku.. Yang baik kita amal yang tak baik itu kita betulkan..

Harapan..
Semua orang mengharap yang terbaik.. Terbaik dalam hidup, dalam alam baqa serta alam akhirat.. Hidup kita di dunia ni sementara, tak kira tua muda kalau ajal sampai bila-bila masa kita boleh berangkat kealam lain.. Kebetulan Esok Jumaat, teruslah tazkirahkan diri terutamanya dan seterusnya mengongsikan apa yang diketahui.. Malam ni disunatkan membaca surah yasin.. Malah malam-malam biasa pun kalau baca lagi bagus.. Harapan ku agar imanku dipeliharaNya.. Dosa bertimbun sudah ni.. Kena diingatkan setiap masa.. Aku selalu alpha.. Alpha dengan pujukan dunia.. Taubat nasuhah bilakah akan... Telah banyak keterlanjuran dari segi perkataan, perbuatan dan di dalam hati telah dilakukan.. Harapan agar Allah sentiasa melapangkan dadaku untuk selalu mengingatiNya tatkala aku terlupa.. Harapan ku agar dapat mengecapi kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak..

Malam berlalu lewat.. Esok nak turun kerja, kerja yang tak bergaji namun manfaatnya cukup besar bagiku.. Mataku mula layu sebagai signal mau tidur sudah.. Takut pulak tak bangun esok pagi.. Alarm mesti set bah..

2 ulasan:

zrull berkata...

ehm....sy pun sedang mencari krja ni. susah juga ar. mungkin sy memilih keja kot. eh....lepas ni...sy amik ja apa2 keja la..hehehe.....

bah...teruskan berusaha..c zaki sms sy..di d kl sudah skg. dia mau urus visa mau ke india, pakistan dan banglades. mantap glier oh dia..

hehehe....

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Dia keluar 3 bulan ka?? Apa dia buat di KL ah..? Dia buat tesis ja bah kan.. NNt ko bagi aku no hp si Zaki ya.. Semoga dapat kerja cepat.. Bleh jgak ko belanja aku NNt.. Hehehehe


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger