09 Disember 2008

Hidup Blogger KM...

Semasa menaip blog ni saya dalam opis.. Boring. Pagi2 ni mcm tiada kerja. Sebenarnya suka saya buat kerja, bukan apa sambil kerja sambil belajar itulah dinamakan praktikal. Hari ni masuk hari ketujuh saya praktikal di Perbadanan Labuan ini. 10 minggu masa diperlukan untuk memenuhi syarat praktikal 06 februari 2009 insyaAllah habis la ni. Sekarang ni masuk minggu ke-2 sudah ada lebih kurang 8 minggu lagi.
Banyak isu-isu baru saya baca dari teman2 blogger dari Kota Marudu. Orang-orang KM sekarang bukan calang2, malah ramai yang sudah bertaraf antarabangsa. Ramai yang sekolah tinggi-tinggi yang "high thinking". Cikgu Androd umpamanya telah banyak menghasilkan karya-karya serta mengongsikan hasil-hasil kreatifnya. Dalam blog beliau terdapat banyak informasi-informasi yang berguna hasil dari ulasan kreatif peribadi beliau. Semakin hari semakin ramai blogger di Kota Marudu. Ramai blogger KM yang berani menyuarakan isi hati mereka. Berikut merupakan senarai blogger KM yang selalu saya lawati:
  • HMM..[harian minda merdeka berkenaan dengan isu-isu semasa politik, ekonomi dan berita setempat], Suara Bangsa [cerita berkenaan bangsa kimaragng], Suara Rakyat[aduan rakyat khususnya d KM], Suara Sabahan[himpunan puisi dan belajar berpuisi/menulis] (Blogger Cikgu Androd)
  • Satu Permulaan [suara perubahan rakyat KM] (Blogger Dr. Jurin)
  • Suara Mualaf Sabah SMS, Puisi Gunung, Bicara Pada Alam Nyata (Blogger Abg. Nazri@Lebon Botong)
  • Perjuangan Hidup (Blogger Sdr. Ajeem)
  • Marudu Bay (Blogger Putera Marudu)
  • Bandau Today (Blogger Murai Jantan)
  • Morion Express (Blogger Little Mike)
  • Aura (Blogger Mufakiralam)
  • Zir G Karl (Blogger sdr Azirul Jaikal)
  • Aragang Tandik
  • Dan ramai lagi Blogger dari Kota Marudu yang tidak tersenarai.

Blog-blog ini masing-masing mampunyai keunikan tersendiri dari entry2 yang diterbitkan. Post-post sangat berilmiah dan berdasarkan fakta yang boleh dipercayai. Suara-suara pada blog blogger ini mewakili suara KM. Suara-suara mereka ada yang bikin sejuk dan tidak kurang bikin panasssssssssssnya... Hidup Blogger Kota Marudu....

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger