11 Disember 2008

PEMIMPIN, POLITIK DAN TANAH AIR TERCINTA

Saya tidak kesah siapa-siapa pun memimpin. Saya tidak kesah selagi mana pemimpin itu menjalankan kerjanya mengikut lunas-lunas kepimpinan yang betul. Saya katakan saya tidak kesah selagi mana pemimpin yang memimpin itu tidak tersasar kearah rasuah, penipuan, penyelewengan dan pecah amanah. Saya juga katakan bahawa saya tidak kesah siapa pun jadi pemimpin yang ingin jadi pemimpin.

Bagi saya pemimpin dari luar kawasan dan luar kawasan(daerah) sama saja. Apa yang penting adalah sikap pemimpin itu sendiri iaitu sejauh mana pemimpin tersebut boleh melakukan kerjanya melalui kelayakan yang ada, keikhlasan dan kejujurannya melakukan kerjanya serta keimanannya. Saya sangat setuju sekiranya orang yang memimpin kawasan kita adalah orang kita. Itu lebih afdal sebagaimana bapa menikahkan sendiri(menjadi wali kepada anak perempuan) anak perempuannya juga afdal sebagaimana ibu-bapa menjaga anak-anaknya. Saya juga sangat yakin lebih ramai lagi orang tempatan di Kota Marudu yang sangat berkelayakan menjadi pemimpin samada mewakili ADUN atau Parlimen.

Sejak kebelakangan ini saya juga sering melawati blog dan terbaca suara-suara dari rakan blogger dari Kota Marudu. Semangat anak watan Kota Marudu begitu berkobar-kobar. Masing-masing menuntut hak. Masing-masing ingin mempertahankan kebenaran yang orang lain takut suarakan. Berani kerana benar itu lebih bagus dari menyembunyikan sesuatu yang benar dari pengetahuan umum kerana takut pecah periuk nasi.

Hari raya Korban telah berlalu, mengajar kita erti pengorbanan. Allah menguji keimanan Nabi Ibrahim(Bapa) dan Nabi Islail(anak) di mana Allah menguji si bapa supaya menyembelih anaknya untuk dijadikan korban. Ujian itu disanggupi dan diterima dengan redhanya oleh kedua-dua nabi bapa dan anak tadi walaupun terpaksa kehilangan orang tersayang. Disebabkan keimanan dan kesungguhan kedua-dua mereka Allah segera menggantikan Nabi Ismail(anak) dengan seekor kambing yang dihantar oleh Malaikat.

Melalui kisah ringkas tersebut di mana kedudukan iman kita? Di mana pengorbanan yang sanggup diberikan oleh pemimpin tak kira peringkat? Kita seharusnya belajar dan mengambil ikhtibar dari kisah pengorbanan ini walaupun era ini adalah era moden. Banyak pengorbanan yang boleh kita lakukan. Bermacam-macam cara dan alternatif pemimpin boleh bantu rakyat. Kita bukan benci pemimpin. Kita juga bukan tidak suka semua pemimpin. Kita juga di wajibkan supaya menghormati dan mematuhi siapa-siapa yang jadi pemimpin. Itupun selagi mana pemimpin-pemimpin ini tidak menyalahi serta tidak terpesong dari kehendak rakyat keseluruhan dan terpenting kehendak agama.

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger