27 Disember 2008

Tuanku Ja'afar mangkat

Al-fatihah.... Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Sumber:
bhnews@bharian.com.my
Oleh Ziauddin Sharudin, Hussain Said dan Che Wan Badrul Alias



Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diserang angin ahmar

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Norzam Mohd Nor, berkata Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin dan anak baginda, Datuk Seri Tuanku Puteri Jawahir serta dua cucu berada di sisi baginda ketika mangkat.

Beliau berkata, baginda mengadu sakit kepala dan tidak selesa kira-kira jam 8.10 pagi dan berikutan itu dua pakar perunding kanan HTJS, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K Sree Raman, dipanggil ke Istana Hinggap di sini untuk memberikan rawatan.

"Ketika dua pakar itu tiba di istana pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan baginda dibawa ke HTJS untuk rawatan segera,” katanya pada sidang media khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJS.

Hadir sama Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh; Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainal Arifin Omar dan kerabat Diraja Negeri Sembilan.

Norzam berkata, Tuanku Ja'afar kemudian dibawa ke HTJS dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha dilakukan oleh doktor pakar, termasuk memberi rawatan kecemasan.

"Bagaimanapun, baginda disahkan mangkat kira-kira jam 11.45 pagi," katanya.

Norzam berkata, jenazah Almarhum akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk istiadat penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

"Istiadat pengebumian akan diadakan selepas solat Asar Isnin ini.

“Jenazah akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai mulai petang ini (semalam),” katanya.

Sehubungan itu, Norzam berkata, Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari, bermula semalam.

Sepanjang tempoh itu, semua premis, pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang.

"Dalam tempoh itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih, manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Selain itu, semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh (dihentikan) sepanjang tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini (semalam),” katanya.

Norzam berkata, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London sudah dimaklumkan mengenai berita kemangkatan baginda dan beliau dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi, hari ini.


Dari blogger:
(Gambar menunjukkan Alayarham memberikan skroll pentauliahan menandakan berakhir sudah gelaran ku sebagai pegawai kadet. Kini aku dah bergelar Leftenan Muda.. Menjunjung kasih Tuanku..)

2 ulasan:

Om Yus berkata...

kamu ini jenis org yang tahunmengenang budi. bagussss...

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

TQ Yu$.. Sangurupun Alayarham juga yang kasi tauliah..


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger