27 Disember 2008

Assalamualaikum wtb...

Hidup memerlukan pengorbanan,Pengorbanan memerlukan perjuangan,Perjuangan memerlukan ketabahan,Ketabahan memerlukan keyakinan,Keyakinan pula menentukan kejayaan,Kejayaan pula akan menentukan Kebahagiaan. SALAM MAAL HIJRAH 1430H buat semua umat islam walau di mana saja berada...

Ucapan Khas Blogger..(merangkap tazkirah ringkas&Ikhlas)

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat melangkah kepada tahun hijri 1 Muharam 1430. Usia semakin bertambah menunjukkan kepada kita bahawa semakin dekat kita pada ajal.. Semoga pada tahun hijrah kali ini kita mampu melakukan hijrah untuk diri kita dari hal yang kurang baik kepada yang lebih baik.. Jadikan kesilapan kita tempoh hari sebagai satu pengajaran buat kita.. Apa yang kita lalui kita anggap sebagai pengajaran seterusnya kita kongsikan apa2 yang bermanfaat kepada generasi dibawah kita...

Kepada muslimin dan muslimat marilah kita sama berdoa dan memohon kepada Allah swt agar diri kita sendiri, keluarga, bangsa, negeri, negara dan yang penting agama kita terjaga/terpelihara dari kezaliman mereka yang rakus/yang nafsu syaitan.. Sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Semoga Allah s.w.t sentiasa membuka/melapangkan hati kita untuk selalu mengingatkan diri kepada Allah s.w.t.. Sama-samalah kita membaca doa Awal dan akhir tahun seperti di bawah:

Doa Akhir tahun 1429 hijrah
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun.. 1430 hijrah
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Sumber Doa dan maksud doa: Darul Nu'man



Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger