16 Disember 2008

Ujian hidup..

Hidup ni memang banyak ujiannya. Ada macam-macam keadaan kita diuji.
  • Ada orang senang yang kaya raya tapi sebenarnya itu adalah ujian keatasnya.
  • Ada juga yang diuji susah dan papa kedana.
  • Kita bersedih pun satu ujian.
  • Kita diumpat pun satu ujian malah kita dapat pahala free tak pun dosa kita dikurangkan...
  • Kita buat silap kecil yang kita tak sengajakan tapi orang tu marah sangat pun satu ujian..
  • Adakala kita diuji dengan sakit.
  • Diuji dengan nikmat kesihatan..
  • Diuji dengan kerja yang banyak..
  • Juga diuji dengan kerja yang takde hingga membuatkan kita boring ditempat kerja..
  • Diuji dengan kegagalan peperiksaan..
  • Diuji dengan kecemerlangan pelajaran serta prestasi kerja..
  • Diuji dengan kebencian orang akibat fitnah orang..
  • Diuji dengan keluarga yang bahagia..
  • Diuji dengan pasangan yang baik..
  • Diuji dengan kasih sayang..
  • Diuji dengan kejahatan..
  • Diuji dengan satu keadaan yang sangat seram..
  • Dan bermacam-macam lagi keadaan...
Semua ujian ini ada hikmahnya.. Kita kena bersyukur sekiranya ujian yang kita dapat itu adalah ujian yang baik sebagai contoh diuji dengan kekayaan.. Janganlah hendaknya kita sudah senang kita lupa diri dan sombong.. Dengan kekayaan yang ada lebih elok kita kongsi bersama dengan menderma sedikit kepada yang memerlukan dengan hati yang ikhlas..

Sekiranya ujian itu memilukan hati, elok kiranya kita bersabar.. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. Sesungguhnya orang paling berani itu adalah orang yang pandai mengawal perasaannya serta hawa nafsunya... Kata orang sabar itu sebahagian daripada iman..

Allah sangat menyayangi hambah-hambahnya yang sabar.. Ya, kita kena sabar.. Kita tak mati kalau orang umpat kita.. Kita tak mati kalau orang herdik kita.. Kita tak mati kalau orang tak suka dengan kita.. Kita mati kerana ajal sudah datang.. Kerana Allah sudah tetapkan bila kita mati.. Siapalah kita untuk menetapkan masa bila kita akan mati..

Aku bersyukur kerana selama ini keluargaku terlalu menyayangi ku.. Kawan-kawanku memahami ku.. Aku juga bersyukur kerana Allah menemuiku dengan seorang wanita yang sangat menyayangiku ikhlas dari hatinya serta memahami keadaanku.. Biarkan mereka-mereka yang lain itu mengherdikku.. Biarlah orang-orang itu mengumpat dan memfitnah keatasku.. Tapi aku juga sayang mereka atas dasar kemanusiaan.. Nasihatku pada mereka janganlah buat perbuatan yang tidak baik itu.. Tak baik untuk bekal akhirat..

Aku hanya mampu bersabar... Aku hanya mampu berserah pada Allah..

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger