14 Disember 2008

Politik lagi ke???

Hari ini 14 december kalau kita baca berita, Negeri Terengganu dapat RM10 bilion dari kerajaan pusat. Untuk maklumat lanjut sila baca berita di bawah.

Terengganu dapat RM10b

Oleh Abdul Halim Yusoff dan Shaarani Ismail
bhkt@bharian.com.my


AHMAD Said menunjukkan cek royalti minyak bernilai RM408.6 juta yang diserah oleh Najib di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, (dari kiri) Muhammad, Muhyiddin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - Foto Bernama

Dana untuk pelaburan jamin kelangsungan pendapatan apabila minyak habis: Najib

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara.


Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan dana yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu menjamin kelangsungan pendapatan Terengganu terutama apabila minyak sudah habis.
Katanya, Kabinet akan memperhalusi lagi struktur pentadbiran dan perjalanan TIA bila kertas cadangan dana itu siap. "Pada prinsipnya, cadangan ini diluluskan jemaah menteri pada mesyuarat semalam (kelmarin)," katanya selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008 di Stadium Negeri di sini semalam. Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz. Sementara itu, ketika berucap pada majlis jamuan rakyat di Masjid Tengku Intan Zaharah di sini, Najib berkata, penyerahan wang royalti minyak kepada Kerajaan Terengganu bakal menyaksikan pelbagai lagi pelaksanaan pembangunan dijalankan di negeri itu. Katanya, kerajaan negeri boleh menambah lagi pembangunan modal insan, fizikal dan aspek kerohanian di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). "Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta. "Dengan itu, Kerajaan Terengganu sudah cukup pitih (duit) untuk melaksanakan pelbagai pembangunan yang dirancang selama ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalti. Katanya, selepas ini pembayaran royalti yang akan dibuat setiap suku tahunan akan disalurkan terus ke dalam akaun kerajaan negeri bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat negeri itu. Najib berkata, hasil minyak perlu diguna untuk meningkatkan keupayaan produktif negeri hingga membawa kepada percambahan kegiatan ekonomi dan pendapatan perkapita rakyat kerana minyak tidak kekal selamanya.

Ulasan blogger:

Bagi rakyat Terengganu sudah semestinya berterimakasih dengan pemberian hak royalti tersebut. Bagi rakyat Sabah kenalah bersabar dulu ye. Terengganu lebih penting untuk dapat duit tu sebab tak lama lagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sudah semestinya selepas ini Terengganu akan bertambah maju dari sebelumnya sebab 10 bilion satu jumlah yang banyak. Sabah pun sudah banyak pembangunan diberikan oleh kerajaan. Syukurlah juga daripada langsung tiada walaupun Sabah merupakan negeri termiskin. Bak kata Datuk Ghapur Salleh MP Kalabakan, bahawasanya Sabah ini semacam dianaktirikan. Setuju...!!Mentang2 Sabah negeri paling miskin ingat orang2nya masih bodoh macam zaman purba??

Memang cemburu jugalah. Macam anak tiri, anak kandung bapa tiri dibelikan baju mahal yang anak tiri hanya baju lelong yang murahan. Bagi saya, pemberian 10 bilion tersebut kepada Terengganu seolah gula-gula untuk rakyat Terengganu khususnya rakyat di Kuala Terengganu. Apa tidaknya 17 Januari 2009 ada pilihan raya kecil bah... Rakyat negeri lain mesti terasa.. Rakyat negeri lain terutamanya negeri Sabah yang miskin yang banyak hasil bumi tapi dapat sikit.. Terasa lah kan... Janganlah kalau ada keperluan baru mau bagi.. Rakyat ada kuasa.. Jangan sampai rakyat hilang keyakinan..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Denakanku Musli...
Terima kasih kerana mengikuti blog saya..Blog saudara telah lama saya ikuti dan telah saya senaraikan dalam senarai bacaan saya...sian legi mun nyah kitei, jomo sama ko jomo sama pan balik kurung-kurung..
Berbalik kita pada topik paparan saudara ini, memanglah mereka dapat royalti, kitapun dapat juga, hampir sama atau lebih dari itu..bezanya, kita tidak menang sorak kampung tergadai... Terengganu ni saya risau sikit..selalu bertukar angin monsun!! Karang..sia2 jah kita mencurah air atas daun keladi, macam PIRU ke-12 tempoh hari..berbilion-bilion diperuntukkan pada mereka dan Kelantan.. masuk angin, keluar asap jah BN.. duit sudah habis kena belanja...hasil tarakkk!!
Lepas tu nanti..kita pula di pensiangan dan selepas itu PRU Sarawak... kena kerja kuat ni bro..
Yang kurang tu kena banyakkan lagi, yang hilang tu, kena ambil balik...kannn!!
Anyway...teruskan berkarya dan selamat berpraktikal di sana.

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Terimo kasih dinakan... Bau belajar ngeblog te' tu dinakan....


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger