05 Disember 2008

Yang ini semua orang tahu tapi................

Miskin dan Kaya kata orang sama saja.
Tapi orang hormat pada yang kaya?!
Yang miskin dipandang rendah.
Walhal yang miskin itu baik pekertinya.
Si kaya punggah hasil yang bukan hak.
Untung sana, untung sini...

Di tengah hiruk pikuk kota,
Si miskin mengemis, Si kaya kelihatan bengis..
Yang miskin meronta perlu harta untuk merdeka..
Merdeka dari fitnah dan siksa..
Siksa dari mereka yang durjana...
Durjana dek kerakusan mereka...

Di kampung banyak yang miskin
Tapi jarang yang mengemis..
Di bandar yang miskin meminta-minta
Meminta-minta dari yang berada...
Di mana silapnya?
Apa kesudahannya?

Yang kaya jangan ingat dia bahagia,
Yang miskin jangan ingat dia menderita sahaja,
Sekali-kali si miskin dapat sedikit harta
hati gembira tidak terkata...
Yang kaya tidak bersyukur dengan apa yang ada..
Bagaimana nak bahagia?

Seeloknya yang kaya bantu yang miskin.
Yang miskin teruskan berusaha..
Sinar pasti menanti di hadapan..
Hidup umpama roda...
Hidup tidak selalunya gelap..
Juga tidak selalu cerah...

Kaya dan miskin sama manusia..
Jangan ingat kita kaya kita boleh buat apa saja!!
Jangan ingat kita miskin kitatidak boleh berjaya!!
Kita boleh buat apa sahaja..
Asalkan jangan buat diri dan orang kecewa dan merana...
Asalkan kita dan mereka bahagia....

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger