01 Januari 2009

2009

Ini catatan pertamaku dalam tahun 2009. Tuhan sudah menentukan nasib seseorang itu. Rintangan dan dugaan, itu adalah ujian Tuhan. Allah s.w.t. tidak menguji satu-satu insan itu di luar dari kemampuannya. Sabar menghadapi dugaan dan syukur terhadap kejayaan yang diperolehi menjadi pengukur kepada tahap keimanan kita.

Semua kita mahukan yang terbaik dalam hidup. Sebagai permulaan dalam tahun 2009 ini, marilah kita sama2 memohon pada Allah s.w.t. agar hidup kita diberkati, dilindungi, dan dipelihara dari sebarang bentuk malapetaka. Azamku untuk tahun baru Hijrah&Masihi ini adalah untuk lebih mendekatkan diri pada Penciptaku.. Telah banyak dosa2 yang telah aku lakukan bukan sahaja dosa dari tahun 2008 malah tahun2 sebelumnya.. Ya Allah, selagi hayatku dikandung badan, kuatkanlah imanku, peliharalah aku dari dosa-dosa besar kecil.
Kau berikanlah aku nikmat kebahagiaan di dunia dan akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin...

Dunia sementara akhirat kekal abadi..

4 ulasan:

Little Mike (LM) berkata...

Salam sejahtera...

selamat menyambut tahun baru. Semoga tahun baru memberikan harapan baru, usaha yg baru, iltizam yg baru...

apa sahaja yg dilakukan, diusahakan, semoga semuanya berhasil dan keberhasilan berkat yg berlimpah-limpah...

Mohon maaf mohon ampun jika terkasar bahasa di mana-mana pun pertemuan maya kita

selamat berjaya... :)

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

No hal bah L.M.... Saya pun belajar2 juga ni.. Klu ada silap tu tulung2 kasi betul kie.. hehe..

TQ.. Selamat berjaya juga untuk kita bersama...

Aiso berkata...

saya pun...

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Orait nopo Aiso.. Samalah kita...


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger