06 Januari 2009

Kasihan Palestine..

http://www.monde-magouilles.com/photos_guerre/gaza3.jpg


Jasad-jasad itu,

Terkulai layu,
Titisan darah mengalir,
Membasahi bumi Palestine,
Singgah sana yang dibina,
Hancur ranap dimamah letusan,
Jasad yang bercantum itu,
Menjadi butir-butir,
Terpisah, bercampur debu yang berterbangan..

Anak-anak kecil itu,
Ada yang meraung,
Ada yang pergi bersama yang terkorban,
Yang meraung itu tersiksa,
Merana hidupnya,
Mencari dimanakah arah sinar,
Sinar untuk hari mukanya,
Si ayah yang kehilangan sanaknya,
Tersentuh hatinya,
Sanggup mati rasanya,
Ingin bersama mereka yang dikasihi,

http://www.ccun.org/images/2008/March/gaza%20holocaust%20Feb-March%202008/2129%20martyrs%20in%20gaza%20holocaust.jpg
Aku yang di sini,
Hanya mampu melafazkan kata kasihan,
Kata yang tak berpenghujung,
Hati tersentuh bila saudara disiksa,
Hati tersentuh bila Islam diperlekehkan,
Hati tersentuh bilamana saudaraku tidak bersatu,
Ku ingin berjuang,
Berjuang bersama saudaraku di Palestine,
Aku juga manusia,
Aku saudara mereka yang dianiaya,
Berikan aku senjata itu..
Biar aku bersama saudaraku di Palestine..
Awas kau Israel!!!


3 ulasan:

erisya nor berkata...

sedihhhh...hanya mampu berdoa agar bantuan Allah datang segera

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Insyallah.. TQ kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni..

SPELL OF LOVE berkata...

iyaaa...awas ko israel....
nti jd padang jarang padang tekukur kamu...binasa lah ke atas kamu...Amin


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger