02 Januari 2009

Kenangan di SMK Tandek..

(Sumber gambar:Laman Web SEMEKTA surau sekolah)

Haa... Lihat gambar di atas mesti Sanguru familiar tingu ni surau.. Hehe.. Kira mau cerita lah ni pasal sejarah dan pengalaman di SMK Tandek ni kunun.. Saya di SMK Tandek ni lebih kurang 7 tahun. Tingkatan 1(1998) sampailah tingkatan 6 atas (2004). Lama nda' lama itu.. Untuk pengetahuan abg2 seniorku serta adik2 pembaca sekiranya ada, batch aku adalah printis PERTINA SEMEKTA. Kamilah ni kira mula-mula kasi isi tingkatan 6 di SEMEKTA ni. Mau cakap pasal kelas saya dulu ni lah kan. Bagi point2 ja lah:
  • TINGKATAN 1 (KMT2/DINAMIK) AKU KETUA KELAS, GURU KELAS CIKGU JOANIS(1998)
  • TINGKATAN 2 (KMT1/CEKAP) AKU KETUA KELAS, GURU KELAS CIKGU PAULUS (1999)
  • TINGKATAN 3 (KMT1/CEKAP) AKU KETUA KELAS, GURU KELAS CIKGU/UST. ABD JABAR(2000)
  • TINGKATAN 4 SAINS TULEN, PUN KETUA KELAS/TARIK DIRI LAST2NYA, GURU KELAS CIKGU CECILIA INTANG(2001)
  • TINGKATAN 5 SAINS TULEN, JADI PELAJAR BIASA SAJA, GURU KELAS CIKGU ROSDI SULAIMAN(2002)
  • TINGKATAN 6 BAWAH KEMANUSIAAN 1, GURU KELAS CIKGU HASNAH HASSAN,
  • TINGKATAN 6 ATAS KEMANUSIAAN 1, GURU KELAS CIKGU ???
Begitulah catatan ringkas ku di SMK Tandek. Kalau mau cerita satu persatu start dari daftar di SMK Tandek sampai habis mimang nda' habis satu minggu menaip. Banyak mau dicerita sebab banyak sangat pengalaman bah. Minta maaf banyak-banyak, saya ingat2 lupa siapa guru kelas saya time tingkatan 6 itu.. Kalau ada member2 lama yang satu kelas sama saya tu mohon kongsikan / ingatkan saya balik siapa kita punya cikgu kelas tu dulu2.

Berbalik pada gambar surau di atas. Banyak kisah aku di situ tu. Di surau itulah aku banyak belajar tentang hal-hal agama. Dulu masa belajar di SEMEKTA ust. Saharuddin akan buat kelas pendidikan Islam di bilik gerakan surau tu. Kelasnya kecil ja maklum lah bilangan kami dikelas tu pun sikit ja.. Di situlah tempatku aktif belajar agama. Walaupun sekarang ni aku bukanlah setaraf Ulamak apatah lagi Ustaz. Tau sikit2 lah.. Aku start tinggal di asrama masa tingkatan 5. Kunun mau study la ni butul2. Padahal 2 kali 5 saja malas ku macam di rumah. Tapi yang paling best, sejak tinggal di asrama ni, aku nda' pernah tinggal sembahyang. Itu lah pengajaran paling beharga buatku. Ingat lagi aku ging2 surau time tu diorang si Zaki, si Aben, Si Teteng, si Fadli, Si Ukir, si Saddam, si Poldem dan ramai lagi tu nda' disebut.

Balik asrama dari surau pulak jumpa kwn yang non-muslim. Jumpa diorang si Anggai(Julik Boman), si Jobley, si Sayak, si Fasley, si Kasry dan lain2 lagi tu. Nda' tau mana sudah diorang ni. Time sikul2 dulu kira orang paling toleransi akulah. Kenapa?? Pasal kawan dusun saya raaamaaaiii... Kawan bajau pun lagi lah raaammmaaaaiii... Biasalah budak2 Dusun sama Bajau ni time sikul2 dulu mcm nda' berapa bengaam bah. Pernah satu kes tu begaduh ni budak Bajau sama Dusun, dua2 pun kawan saya ni, kiranya sayalah jadi hero utama dalam perkelahian diorang tu sebab saya kasi tulung settle diurang. Nah start dari itulah kalau ada budak Dusun sama Bajau begaduh akulah tu dipanggil ulie' kawan2 yang lain minta' tulung kasi settle. Itu pun salah satu kenangan manis ku di SMK Tandek.


(Sumber gambar:Laman Web SEMEKTA pintu pagar sekolah)

Gambar di atas pun best. Best kalau sudah sampai time pulang. Kalau time pulang mesti suka tingu ini tempat. Bukan apa, mau cepat2 pulang bah. Cerita pasal pintu get ni, ingat aku time dulu2 saya pigi sikul selalu kena tulis nama pasal lambat sampai sikul. Kenapa?? Sebab saya dulu jalan kaki bah dari rumah pigi sikul. Apa lagi itu pengawas sambil pakai vest merah sambil melambai2 tangan panggil saya. Disoal siasat macam itu pulis. Kadang2 bepeluh2lah aku masuk kelas tu. Apa nda'nya, tiap pagi kalau kira2 mau terlewat sudah sanggup aku belari pigi skulah. Tapi best juga bah ada senaman. Hehe..


(Sumber gambar:Laman Web SEMEKTA kantin sekolah)

Cerita pasal gambar di atas pulak. Budak sikul biasalah kadang2 ada bekal kadang tiada. Bekal dalam istilah bajau bilang "baun" dan istilah melayu yang lain duit poket.. Biasanya aku nampak kantin ni kalau ada duit poket. kalau ada 50 sen tu kira ok lah tu. Boleh sudah beli 1 bungkus mi guring 20 sen, 1 biji kuih wajit dan 1 batang aiskrim. Nda' taulah sekarang ni buli kenyang lagikah 50 sen di sekolah??!! Hehehe... Maklumlah Barang Naik urang bilang... Hehe.. Kadang2 kalau saya ada duit lebih ringan hati ja belanja kawan makan. Spend 1 bungkus mi guring pun kawan terima kasih sudah tu. Dan kadang2 juga kawan plak yang blanja aku mkn di kantin.. Itulah gunanya kawan. Bukan mintak dibalas lah.. Urang bilang kawan yang baik ada bersama2 kita tak kira masa susah senang. Bla kita senang kita bantu kawan bila kita susah kwn bantu kita. Bagai aur dengan tebing begitulah perumpamaannya.. Bah kalau cerita panjang2 ni takut pembaca nda' larat lagi mo baca.. Cukuplah setakat ni.. Nanti klu ada masa aku sambung juga cerita..

3 ulasan:

zrull berkata...

mus..sy kenal rapat ko sama si zaki masa lower 6.tu pun sebab kita sama kelas. Untung juga la sy kenal kamu dua. hehehe..

tapi dari tingkatan 1 lagi sy selalu nampak kamu tapi tak pernah betegur kan. hehehe..sy kan kelas SP kamu KMT. aliran berbeza sikit.

masa form tu kita tinggal asrama. surau jadi sasaran. heheh..surau tu jadi rumah bah..hahaha.

lepas tu ramai budak2 junior tu lagi dorang si rezan, ridzuan, richard dll.

Selalu kena cari oleh cikgu evaritus lagi tu sebab tiada di asrama. hahaha..

kalau di imbas mmg kelakar la.
dan alhamdulilah selepas STPM 2004 saya dapat sambung di UM, KL, si zaki di UMS, KK, ko di UMS Labuan.

semoga berjaya ok.

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Thanks Tody...Masuk U sudah tercapai, lepas ni mo cari kerja plak.. Semoga kita semua berjaya dalam hidup....

Unknown berkata...

saya bekas pelajar semekta juga.


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger