24 Januari 2009

Malaysia terbebas dari bencana alam??


Malaysia kalau kita lihat dari segi geografinya merupakan negara yang bebas dari lingkaran api(Gunung berapi) pacific. Ini menunjukkan Malaysia bebas dari bencana aliran larva gunung berapi yang boleh membunuh penduduk setempat.

Malaysia juga bebas dari bencana 'Gempa Bumi' yang dahsyat. Ini kerana Malaysia bebas/ termasuk dalam lingkaran api pacific. Ini juga satu kelebihan Malaysia, sebagai negara yang bebas bencana yang boleh membunuh ramai penduduk seperti di kawasan berisiko.

Allah maha berkuasa. Walaupun Malaysia bebas dari bencana seteruk di tempat lain, dengan kekuasaan Allah apa-apa bentuk bala pun terjadi. Kiranya maksiat bermaharaja lela di Malaysia, dengan sekelip mata kita boleh hapus.
(gambar hiasan)

Tsunami?? Walaupun negara kita bebas dari lingkaran api pacific namun beberapa kawasan seperti pantai barat Semenanjung masih terkena tempias Tsunami sebagai contoh Tsunami yang berlaku pada 26 Dis 2004.

Sumber gambar: Salimandut Villa
Banjir, salah satu ujian Allah. Alirannya mengandungi seribu satu hikmah, yang tanpa disedari masyarakat kini. Ada yang mengeluh dan tidak kurang juga ada yang marah kenapa berlakunya banjir. Ini boleh kita ambil iktibar agar kita tidak lupa akan balasan Allah s.w.t.

(Sumber gambar: Berita harian)
Pada 06 Desimber 2008, kita dikejutkan dengan kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Bencana ini mengorbankan 5 nyawa. Baru-baru ini, satu lagi kes tanah runtuh yang setakat ini telah mengorbankan 2 nyawa. Ini merupakan petunjuk kepada kita bahawa kita walau di manapun kita berada kita tidak terlepas dari kekuasaan Allah.

Wahai rakyat Malaysia jangan selalu lalai. Jangan lupa akan balasan Tuhan. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya. Kini terlalu banyak maksiat di sana-sini tersembunyi atau terdedah. Tragedi-demi tragedi Allah akan tunjukkan kepada kita, sebagai satu signal dan pengajaran kepada kita. Tidak mustahil sesuatu yang lebih buruk akan berlaku sekiranya kita terus alpha dan lena dibuai godaan syaitan.

Pesanan untuk kita semua, dan untuk ku juga..

3 ulasan:

erisya nor berkata...

setuju! jika Allah kata jadi, maka jadilah!

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

KUN FAYA KUN. TERIMA KASIH KERANA MELAWAT..

JANGANLUPA LAWATI JUGA BLOG WARGA MARUDU DI
http://marudubloggers.blogspot.com/

afiq manaf berkata...

Betul tu abang mus, bala Allah swt boleh datang dalam berbagia bentuk.


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger