21 Januari 2009

Puisi Untuk Marudu..


Di satu Kota,
Di kepala pulau Borneo,
Terbitnya cahaya gemilang,
Gemerlapnya kian menyerlah,
Bersama semangat anak watan,
Berkobar menuntut yang benar,
Tidak lagi mahu sisa-sisa,
Bukan lagi boneka kata,
Marudu sudah dewasa.

Di Kota itu,
Sekumpulan warganya telah bangkit,
Berdiri bersama kebenaran,
Melawan arus kekotoran,
Memadam janji-janji palsu,
Memburu si pembolot harta rakyat,
Mengikis sifat-sifat perkauman,
Menyuarakan bisikan kecil yang merana.

Aku di mana jua,
Kota itu tetap dekat,
Hati dan minda bersatu,
Hati memperkuatkan semangat,
Minda memperkasakan perjuangan,
Jihadku untuk kebaikan seluruhnya,
Puisiku untuk santapan semangat,
Suara anak muda Marudu,
Seiring bersama semangat bangsa dan jelata Marudu...

2 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Pak Karamu visiting your blogspot

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Thanks a lot coz visiting... Selamat berjuang.. Marilah menuju kejayaan. Hayya al-falah


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger