31 Mei 2018

Hana Khairunnisa

Anakku Hana Khairunnisa
Salam Ramadhan. Hari ini 1 Jun 2018 bersamaan 16 Ramadhan  1439H. Sekian lama tidak muncul dalam ruang Blog ini, hari ini terpanggil untuk melontarkan Post. Post kali ini seiring dengan gambar di atas iaitu kurniaan Allah kepada keluarga ku anak perempuan keduaku yang bernama Hana Khairunnisa.

Hana Khairunnisa Binti Musli nama anak kedua ku pada sijil lahir yang telah didaftarkan di JPN Sarawak. Hana Khairunnisa telah dilahirkan di Hospital KPJ Kuching pada 01hb Oktober 2017 1255H tgh malam. Pada hari isteriku dikejarkan ke KPJ Kuching aku ketika itu sedang melaksanakan Rondaan di Laut cina selatan tugas hakiki sebagai seorang pegawai penguatkuasa APMM. Mujur beroperasi sekitar kawasan yang masih mempunyai line telefon.

Setelah mendapat perkhabaran melalui telefon Ops Roon WILSAR bahawa isteriku telah dikejarkan ke hospital saya selaku pegawai memerintah KM Semilang memohon izin untuk segera memasuki jeti Awam Tg Manis dan menaiki bas dari Sibu menuju ke Kuching untuk melawat ISteri tercinta di Hospital. Syukur semuanya selamat dan dipermudahkan urusan ketika itu.

Hana Khairunnisa bermaksud Hana Rezeki tanpa kepayahan dan Khairunnisa bermaksud Sebaik-baik wanita. Memili nama Hana sama seperti nama anak pertama kerana maksudnya yang baik mudah-mudahan ianya menjadi satu doa yang baik kepada anak-anakku. Sebagai seorang ayah dan ketua keluarga, aku sangat mengharapkan dan mendoakan semoga anak-anak ku berjaya dan selamat dalam kehidupanbukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak jua.

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger