14 Julai 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 2015

ALHAMDULILLAH

Apa khabar? Lama saya tidak mengUPDATE post dalam blog ini. Pada Hari ini 29 Ramadhan 1436H saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada sanak saudara dan sahabat handai walau di mana jua berada. Dalam pada keseronokan kita menyambut ketibaan Syawal, saya sebenarnya berasa sedih kerana kita akan meninggalkan Ramadhan. Ramadhan bulan yang mana Pahala kita dilipatgandakan oleh Allah. Bulan yang Allah berikan pada kita untuk memperbanyakkan Ibadat dan latihan untuk kita agar menjadi insan yang lebih bertakwa dan beriman.

Aidilfitri pada tahun ini, saya tidak dapat bersama keluarga atas sebab tugas. Kalau diikutkan rasa hati memang sedih juga lah, nak-nak malam takbir raya. Masa di mana keluarga berhimpun setahun sekali meraikan lebaran. Namun tidak mengapa, saya akan pulang mungkin lewat sedikit setelah pengganti tugas saya selesai bercuti Aidil fitri. Memang begitulah adat bekerja, jakalau semua anggota bercuti alamatnya tutup kedai.

Berkaitan isu semasa, saya ingin sentuh sedikit berkenaan pergaduhan di Pasaraya Low Yat Kuala Lumpur berlaku baru-baru ini. Sentimen perkauman telah diapi-apikan bila mana pergaduhan orang melayu dan orang cina gara-gara masalah telefon. Isu penipuan penjualan telefon palsu dan mencuri telefon memang perlakuan yang nyata tidak baik. Namun sekiranya kalian bergaduh, jangan melibatkan bangsa. Orang lain yang tidak berkenaan akan dilibatkan mendapat susah kerana masalah anda. Malaysia ni selagi ada dokumen lengkap dan sah siapa-siapa pun boleh tinggal.

Kenapa Allah ciptakan lain-lain bangsa? Supaya kita boleh berkenal-kenal dan bersilaturrahim sesama kita. Siapa kita untuk mengakui tanah ini milik kita? Apa Milik kita? Semua yang milik kita hanya pinjaman. Bumi ini milik Tuhan. Islam mengajar umatnya untuk menghormati penganut agama lain. Dan saya pasti tiada agama dimuka bumi ini menghendakkan umatnya membuat keburukan dan kejahatan. Berpegang teguhlah pada agama masing-masing. Bagimu agama mu bagi ku agama ku. Tanamkanlah sikap cintakan tanah air. Hormatilah bangsa lain sebagai mana kita menghormati bangsa kita sendiri. Nikmatilah kehidupan yang Allah berikan dengan bertoleransi dan harmoni.

Jadi, sempena hari yang bakal tiba, apa kata ajak orang Cina, India, Iban, Kadazan, bajau dan lain-lain bangsa datang rumah orang melayu buat open house kita celebrate raya sama baru kita hidup harmoni. Kita rakyat Malaysia. Hala tuju Malaysia kita terajui, jika baik kita kemudi maka baiklah halatuju negara kita. Jika kita gagal maka keadaan lebih buruk akan berlaku dan kasian kepada anak cucu kita yang mewarisinya nanti.

#JOMKITABEKAWAN :)
~SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN~

Tiada ulasan:


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger