31 Mei 2018

KM SEMILANG CREW



01 Jun 2018. Ini catatan peribadi saya. Tiada yang rahsia. Saya Leftenan Komander Maritim Musli Bin Jaffar mula berkhidmat dalam APMM pada 4hb Oktober 2010 melalui SPA. Minat terhadap badan beruniform menebal sejak di bangku sekolah rendah lagi. Alhamdulillah berkat doa dan dorongan keluarga dapat juga mencapai cita-cita menyarung uniform penguatkuasa APMM untuk mencurahkan khidmat bakti kepada Negara,Agama dan Bangsa.

Video di atas merupakan video yang memaparkan kru KM Semilang yang telah saya ketuai sejak 19hb Jun 2017. Sejarah perkhidmatan saya dalam APMM sejak dari mula-mula menyertai APMM adalah seperti berikut:

  • 4hb Okt 2010 - 2hb Julai 2011: Menjalani latihan Leftenan Maritim di pusat latihan APMM Indera Mahkota Kuantan, Pahang. Semasa tamat latihan pada 2hb Julai 2011 telah mendapat anugerah Kawad Terbaik.
  • 2011-2012 : Pegawai Operasi KM Mersuji, DM13 Miri,Sarawak.
  • 2012-2013 : Pegawai Laksana KM Mersuji, DM13 Miri, Sarawak.
  • 2013-2015 : Pegawai Laksana KM Setia, DM12 Bintulu, Sarawak.
  • 2015-2016 : Pegawai Memerintah KM Jepak, DM12 Bintlu, Sarawak.
  • feb 2016-27hb Mei 2016 : Pengarah Siasatan DM12 Bintulu, Sarawak.
  • 27hb Mei 2016 : Di naikkan pengkat ke Leftenan Komander 
  • 1hb Jun 2016 -19hb Jun 2017 : Pegawai Memerintah KM Siagut, DM11 Kuching
  • 19hb Jun-30 sept 2018 : Pegawai Memerintah KM Semilang, Zon Maritim Tg Manis, Sarawak.
  • 01 Okt 2018 - 01 Nov 2019 : Penolong pengarah Kanan Unit CARILAMAT dan bantuan bencana IPMN Sarawak. (MRSC Kuching)
  • 02 Nov 2019 - 30 Sep 2020 : Pegawai Operasi IPMN Johor
  • 01 Okt 2020 - sekarang : PPK UCLBB IPMN Johor (MRSC JB)
Dengan sedikit pengalaman yang ada mudah-mudahan dapat terus menabur bakti kepada negara Malaysia tercinta ini. Masih banyak yang perlu dipelajari, Saya sayang MARITIM MALAYSIA kerana Allah. Allah telah takdirkan saya untuk menabur bakti kepada negara melalui APMM dan alhamdulillah dapat menyara keluarga hasil perkhidmatan dalam APMM jua. Semoga APMM terus Maju Jaya.

ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger