29 November 2008

Salam pertemuan kembali..





Seperti yang dirancang, tanggal 28 Nov iaitu hari ini saya akan kembali ke Labuan. Semasa berada di kampung sempat juga saya ikut pigi laut. Bukan apa, saja mau cari duit poket terutama untuk praktikal nanti. Kebetulan abang ipar saya ada 3 buah bot, maka bot yang satu itu kami bawa. Lihat pada gambar betapa rezki yang kami dapat. Seronok rasanya kalau pukat dapat ikan-ikan besar. Biasalah rezki di laut macam air laut, ada pasang ada surut adakala bergelora adakala tenang.



Wang yang kita dapat hasil daripada titik peluh kita sendiri adalah lebagus daripada hasil yang dicuri. Biasanya kami akan kelaut sebelah magrib dan kembali pada waktu subuh. Kekadang semalaman tak tidur bergantung kepada cara memukat. Kalau memukat ditengah laut iaitu istilah bajaunya "Mentang@ngeranyut" maka boleh tidur 1 ke 2 jam. Kalau memukat ditepi bakau istilahbajaunya "merapak" maka kena jaga air takut-takut air talampau surut. Nak jadi pelaut bukan senang. Kena tahu ilmu dan pengetahuan berkaitan laut. Orang tua-tua kampunt saya cakap, kalau nda pas periksaan pulang pigi laut lah ceritanya. Itupun kalau pandai ilmu kelautan. Hehehe... Saja saya mau bawa kamera pigi laut bukan apa, saja mau kongsi-kongsi pengalaman bah.

Biasanya ikan paling top kami dapat iaitu ikan pengaluan (alu-alu), Ikan merah, Ikan siakap, ikan memesa'(ikan putih besar), ikan mendapung(nda tau apa nama melayunya), ikan peliak(pun nda tau), ikan talang-talang, ikan menangin dan tidak ketinggalan ikan bedukang.

4 ulasan:

Ajeem berkata...

punyalah saya jeles tengok ikan tu muss..terliur saya ckit o..sudah la besar,segar lagi tuu..hehee..sedap tu dipanggang atau kasi bikin sup...

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Ya Jim.. Itu ikan kami dapat meukat time cuti ari tu bah... Ko di mna bah skrg ni..Nda balik kampung ka?

BUNG ADI berkata...

kalau rajin, memang ada hasil. Bagusss bahh.

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Betul tu cikgu....


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger