15 November 2008

Pekerjaan..

Pekerjaan? Ya, saya tertarik dengan pertanyaan rakan-rakan saya mengenai pekerjaan? Contoh, mau kerja apa lepas ini? Apa perancangan kerja lepas ini? Setiap orang yang mempunyai rasa tanggungjawab pastinya memerlukan pekerjaan. Apa tujuannya kita bekerja? Jawapannya mudah iaitu untuk mendapatkan pendapatan. Pendapatan ini pula tujuan utamanya tidak lain tidak bukan adalah untuk menyara kehidupan kita sehari-hari. Kali ini saya memilih tajuk "Pekerjaan". Tajuk ini agak sinonim dengan keadaan semasa di negara kita yang mana mengalami kadar pengangguran yang agak serius..

Menurut perangkaan bagi suku tahun kedua 2008, seramai 388,000 orang rakyat Malaysia adalah penganggur (sumber: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia) . Bilangan ini merupakan satu jumlah yang cukup besar yang mampu memberi impak negatif kepada negara Malaysia. Daripada jumlah itu, negeri yang paling banyak menyumbangkan kadar pengangguran tertinggi ialah negeri Sabah dan Sarawak iaitu masing-masing 65,300 orang dan 49,900 orang penganggur. Melaka adalah negeri yang mempunyai kadar pengangguran yang paling sedikit iaitu sebanyak 0.9% atau seramai 2,600 orang penganggur sahaja.

Bagi saya, fakta yang tersebut merupakan anggaran kasar sahaja, jumlah hakiki pastinya tidak diketahui, mungkin lebih besar dari itu. Jumlah graduan IPT menganggur juga tidak kurang banyaknya. Kira-kira 60,000 graduan adalah penganggur dalam pelbagai bidang pengajian. Jumlah ini diyakini akan meningkat lagi setiap tahun.

Berbalik pada tajuk pekerjaan, ianya merupakan satu usaha mendapatkan wang untuk menampung kos sara hidup samada melalui jualan atau perkhidmatan. Kenapa pekerjaan? Sebab paling mudah ialah saya sendiri adalah antara mereka yang sedang aktif mencari pekerjaan. Terlalu banyak pula persualan saya timbulkan mengenai pekerjaan. Ya memang tidak dinafikan agak susah mencari pekerjaan. Lebih-lebih lagi seperti saya sebagai graduan memang agak sukar untuk mencari pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan. Lihat saja dimana-mana organisasi atau syarikat yang mengiklankan pekerjaan gred 41 mejoriti keperluan bagi mengisi kekosongan ialah pengalaman kerja dalam bidang yang sama. Bayangkan kalau semua organisasi mempunyai keperluan seperti ini, agaknya bilalah masanya graduan-graduan menganggur ini akan dapat kerja.

Pada pandangan saya, memang wajarlah sekiranya graduan yang menganggur supaya tidak memilih pekerjaan. Namun begitu, bukanlah maksud saya sebagai tidak perlu memilih pekerjaan yang halal dan yang haram dari sudut agama dan undang2 Malaysia(sendiri mau faham la). Atas langkah mengatasi masalah pengangguran di Malaysia kita berterima kasih kepada kerajaan yang ada sekarang di atas inisiatif-inisiatif yang telah diperkenalkan. Pun begitu, saya kira kerajaan juga perlu menambah inisiatif-inisiatif lain yang mampu memberi peluang pekerjaan lebih banyak bukan sahaja kepada graduan malah rakyat Malaysia yang lainnya.

Ulasan seterusnya menyusul....

2 ulasan:

Ajeem berkata...

saya tertarik artikel pekerjaan nii..bagi muss,pengangguran lebih kepada salah siapa?memang ia melibatkan banyak pihak tetapi kena cari 'akar' dari mana.bagi saya kerajaan la yg berperanan penting dalam isu pengangguran ni.kebetulan sy baru habis exam ekonomi baru sejam lalu.salah satu isu adalah pengangguran.

kerajaan selalu menyeru rakyat itu dan ini tetapi kerajaan sendiri tidak bertindak apa yg sepatutnya.sebagai contoh,kerajaan menyeru rakyat agar celik IT dan menyasarkan setiap rumah(bandar dan luar bandar) sekurang-kurangnya mempunyai sebuah komputer.tetapi bagi saya,kerajaan tidak wajar berkata demikian kerana kemudahan asas seperti bekalan elektrik masih ramai yang belum menikmatinya.ibarat nak makan sayur tapi nasi tiada.

saya tidak nafikan kualiti dan nilai tambah dalam diri siswazah boleh dipertikaikan tetapi itu bukan isu utama.apa yang penting,kita sebagai rakyat harus dipenuhi keperluan asas(sekurang2nya ada kerja la)dan tidak merempat dibumi sendiri yang kononnya begitu kaya.teruskan menulis muss..

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Btul, kerajaan kena memainkan peranan penting dalam menyediakan prasarana dan kemudahan lain.... Ikuti ulasan saya seterusnya... Tq Jim...


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger