01 Disember 2008

Langkah pertama ke alam pekerjaan...


Tepat jam 6.00 a.m. masih ada masa untuk memblog. Semalam tak larat rasanya nak menaip dan membuka blog. Maklumlah hari pertama praktikal, macam suda tidak biasa bangun awal2. Tambahan pula tempat praktikal jauh di bandar, so terpaksalah meng"awal"kan diri untuk bersiap-siap.

Kelmarin start sudah praktikal ku. Huh... Buli tahan juga... Apa tidaknya, awal2 masuk kena temuduga oleh penolong pengarah eksekutif Perbadanan Labuan. Bukan main menyaiko lagi dia. Banyak soalan dia ajukan. Pasal kerja2 pula, boleh tahan juga. Pn Aminah tidak hadir pada masa itu, so semua kerja yang patut dia buat terpaksa aku buat. Bertimbun fail, LPO, Invois, Claim2 dan macam-macam lagi surat-menyurat kena direkodkan. Alhamdulillah buli siap juga kemarin.

Inilah dinamakan praktikal, kerja tanpa gaji. Elaun pun tarak.... Bos department kewangan tempat aku praktikal outstation. Setakat ini aku diarahkan untuk buat kerja-kerja merekod pembantu tadbir. Tapi ok jugalah sekurang-kurangnya boleh belajar kerja-kerja anggota sokongan organisasi. Harap hari ini ok dari kemarin. Dan begitu lah seterusnya.. InsyaAllah....

Jam 7.20 kereta aku jalan dah ketempat praktikal ku........


2 ulasan:

Umar Safri berkata...

Selamat berpraktikal! Moga sukses hendaknya ya. Timbalah ilmu & pengalaman secukupnya. Apb dah kerja, banyak guna itu.

"Ke arah memperkasakan Bloggers KM"

umar

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar berkata...

Thanks Sdr.


ClusterMaps

Jumlah pelawat.

Powered By Blogger